Skip to main content
Tanda sokongan, Malaysia abadi nama ‘Jalan Palestin’ di tengah Kuala Lumpur

Umum sedia maklum bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada negara Palestin.

Hubungan baik antara Malaysia dan negara tersebut terserlah menerusi bantuan-bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada Palestin sejak negara itu dilanda pergolakkan.

Tanda sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin

Oleh sebab itu, bagi mengeratkan lagi hubungan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya, satu jalan di tengah Kuala Lumpur telah di namakan dengan nama "Jalan Palestin" dan dirasmikan pada hari ini.

Menerusi Facebook Viva Palestina Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Duta Besar Palestin di Malaysia telah merasmikan jalan tersebut.

Gambar-gambar semasa perasmian tersebut telah mendapat perhatian warganet sehingga memperoleh ribuan tanda suka di laman Facebook sumber.

Kewujudan "Jalan Palestin" ini mampu menjamin dan memperluas hubungan dua hala antara kedua-dua negara persaudaraan dan menegaskan mengenai Malaysia dan sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin dan Palestin.

Sokongan yang baik kepada Palestin

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, kebanyakkan warganet telah menzahirkan rasa gembira diatas perasmian nama jalan itu.

Mereka juga menzahirkan rasa syukur kerana negara amat prihatin dengan keadaan yang berlaku di Palestin dan berharap semoga Malaysia terus mempunyai hubungan yang baik dengan negara Islam tersebut.

Terbaik Malaysia tanda persaudaraan Islam

Sumber: Viva Palestina Malaysia, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.