Skip to main content
Tak mahu tangguh tutup aurat, Zara Zya kini berhij4b

Selepas lama berhasrat bagi melakukan penghijrahan, pelakon Zara Zya mengambil keputusan untuk berhij4b sejak beberapa hari lalu.

Menerusi laporan BH Online, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui masih dalam proses untuk membiasakan diri serta mengharapkan doa orang ramai.

Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut, baru-baru ini. Kebanyakan peminat menyukai imej bertudung yang digayakan.

Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah.

Mengukuhkan tanda tanya apabila Zara dilihat menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, Rabu lalu.

"Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. "Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini," kata pelakon berusia 34 tahun itu.

"Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya," katanya kepada BH Online.

Menurut pelakon drama Korban Kasih itu, dia percaya dengan rezeki yang ditetapkan selepas menutup aurat selain menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung.

"Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan. "Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik," ujarnya.

Tambah Zara, dia turut membeli pelbagai tudung dan pakaian baru yang sesuai dengan penampilan terbarunya.

Zara Zya memutus menolak beberapa tawaran drama berikutan tidak sesuai dengan imej bertudung. - Foto IG Zara Zya

Katanya, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.

"Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.

"Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru," katanya.

Sumber : BH Online, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.