Skip to main content
Syatilla Melvin Dikec4m Selepas Buka Rahsia ‘Katil Kami Patah Hari Tu Sbb..’, Shaheizy Sam Akhirnya Bersuara

" Manusia sekarang. nak kaya punya pasal. terus buang sifat maIu. bertudung litup tapi memaIukan agama sendiri. tahniah"

Demikian antara sebahagian komen warganet yang mengec4m iklan berunsur Ivcah yang dimuatnaik pelakon dan usahawan Syatilla Melvin di Instagram beliau.

Bukan sekadar gambar, malah kapsyen yang ditulis oleh Syatilla terang-terang menulis ayat yang tidak sesuai dibaca terutama kepada remaja.

" Hampa tau apa sebab katil kami patah hari tu? Hahaha Hawat Shaheizy Sam sam tu ok ka? Dia bagi kita minum, dia yang tumbang dulu,kami steady ja kita cekanggg..", tulis Syatilla.

Sam bersuara

Sehubungan itu, aktor popular, Shaheizy Sam mula bersuara tentang isu yang membabitkan isterinya yang dikec4m netizen kerana mempromosikan produk dengan menampilkan foto berunsur Ivcah.

Kebanyakan netizen meng3cam foto yang dikongsikan itu yang membawa maksud Ivcah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah.

Mengulas strategi murahan yang didakwa digunakannya dan isteri untuk mempromosikan produk jenama Kekasih by The Melvins, Sam berkata, cukup sukar untuk memuaskan hati semua orang.

" Sebenarnya, itu adalah cara untuk menunjukkan keberkesanan produk kegunaan wanita, tetapi disalahertikan.

" Bagaimanapun, saya mengerti, tidak semua orang faham. Jika kami melabur dengan menghasilkan iklan yang mahal, itupun belum tentu diterima.

" Namun, saya dan Syatilla merasakan iklan berkenaan paling tepat bagi menggambarkan produk yang dipasarkan," katanya kepada BH Online.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia mengalami kenaikan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) sepanjang tiga bulan terkurung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Mencecah sehingga 85 kg, Sam berkata, ia adalah terberat sepanjang hidupnya.

" Saya hanya mempunyai masa kira-kira sebulan setengah untuk mendapatkan semula berat badan seperti dalam filem Polis Evo 3. Saya akan memasuki set penggambaran semula, November ini.

" Saya akui tidak tertekan dengan keadaan berat badan sekarang, mungkin terlalu sedap makan sepanjang PKP menyebabkan berat badan naik mendadak.

" Bagaimanapun, saya perlu mendapatkan semula berat badan 65 kilogram seperti dalam filem Polis Evo 3. Ini kerana ada beberapa babak yang perlu ditambah.

" Insya-Allah, saya tiada masalah untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat ini," katanya.

Bintang Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2012 dan 2014 itu juga menyangkal dakwaan sengaja menaikkan berat badan sebagai gimik bagi mengeluarkan produk kurus seperti dilakukan sebelum ini.

Sam berkata, cabaran menguruskan badan dilakukan tahun lalu berikutan dilantik sebagai duta produk dan pada masa yang sama, akan menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.

Bagaimanapun, katanya, dia perlu menguruskan badan kali ini disebabkan komitmen kerja.

" Saya perlu kurus sebelum memasuki semula set penggambaran filem Polis Evo 3.

" Sepatutnya penggambaran sudah pun selesai, tetapi masih ada beberapa babak perlu ditambah berikutan penayangan filem ditangguh pada tahun depan.

" Jujurnya, tiada kena mengena dengan gimik kerana saya tidak berhasrat mengeluarkan produk kurus," katanya.