Skip to main content
Syamsul Yusof Hilang Sabar Apabila Difitnah Dan Ini Tindakan Drastik Olehnya

SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama. Ada pihak yang mengambil kesempatan dan sebarkan berita yang tidak sahih mengatakan Syamsul Yusof curang.

Berita tidak benar itu disebarkan oleh satu channel youtube dan mendapat perhatian Syamsul. Tidak berdiam diri,  Syamsul agak berang dengan siaran youtube itu, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap channel itu.

Syamsul mengatakan dia sedang hadapai masalah rumahtangga dan berita sebegini mengeruhkan lagi keadaan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia agak berang kerana tidak menghormatinya dan anggap artis sebagai sampah. 

Sebelum ini, dakwaan kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Sebelum ini, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah 'unfollow' akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

Dalam masyarakat kita hari ini, perkataan fitnah lebih terarah kepada perbuatan menyebarkan berita palsu bagi tujuan mengaibkan atau memburukkan seseorang oleh mereka yang berhasad dengki atau yang berdendam.

Makin parah apabila perbuatan itu dilakukan dengan sengaja sebagai satu bentuk penindasan atau kezaliman, padahal si pembuat fitnah itu sendiri tahu kebenaran di sebalik fitnah tersebut. Bertambah 'nazak' lagi apabila orang Islam sendiri yang menfitnah saudara seagama tatkala mereka tahu betapa besarnya dosa pembawa fitnah.

Kredit:IG SyamsulYusof