Skip to main content
Stop Playing With My F*G Name!” – Syamsul Yusuf

Pelakon Syamsul Yusuf berang dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur fitnah mengenai hal rumahtangganya.

Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul 'TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Cvrang dengan Puteri Sarah' untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.

Syamsul menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berkenaan.

"Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id.

"Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my f******g name bro.

"Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.

"Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi," katanya.

Tegas Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

"Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah.

"Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.

"Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah.

"Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga,come onlah respek people.

"Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!" tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.

Puteri Sarah juga sempat menimbulkan tanda tanya saat memuat naik kenyataan berkaitan curang di InstaStorynya baru baru ini.

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

"Memang Banyak Syai-tan …"- Ini Respon Puteri Sarah Bila Peminat Minta Pertahankan Rumah Tangga

Aktres Puteri Sarah Liyana, 34, mendedahkan menerima kiriman mesej daripada peminat yang menginginkan dia mempertahankan mahligai yang dibina bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Antara isi kandungan mesej adalah berharap agar pasangan selebriti itu mendapatkan nasihat dan bersabar menghadapi dugaan dalam rumah tangga.

"Salam Sarah. Saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga.

"Dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif. Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dengan halal kerana Allah.

"Maaf saya taktau apa yang berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay!" tulisnya.

Menghargai sikap keprihatinan yang ditunjukkan, Sarah membalasnya dengan mengucapkan terima kasih.

"Memang banyak syaitan.. tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat," balas pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.