Skip to main content
Seorang Individu Positif C0vid 19 Selepas Pulang Dari Sabah, Jabatan Kesihatan Beritahu Tempat Yang Beliau Dah Pergi

KUANTAN – Seorang lelaki yang baru pulang dari Semporna, Sabah disahkan positif korona (C0vid 19) dan kini dirawat di wad Isolasi Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda berkata, pesakiit berusia 46 tahun itu ialah ejen hartanah dan pelancongan di Semporna, Sabah.

"Kami kini sedang melakukan ujian lanjut terhadap pesakit dan menjalankan prosedur mengesan kontak pesakit.

Keputusan Ujian Sehari GAMBAR HIASAN

"Keputusan ujian mengambil masa sekurang-kurangnya sehari," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, masyarakat dinasihatkan supaya segera membuat ujian saringan C0vid 19 sekiranya pernah berada di kawasan merah pada hari ketiga pesakit balik ke semenanjung.

Dalam pada itu, pesakit dilaporkan berada di Semporna pada 18 September lalu sebelum melakukan perjalanan menaiki bas ke Tawau dan menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Dia tiba di Kuantan pada 19 September dan sempat menziarahi keluarga di Seremban serta ke Nilai, Negeri Sembilan selain melakukan urusan penghantaran anak di dua sekolah menengah di sini.

Difahamkan, dia turut membawa anak untuk mendapatkan rawatan batuk dan menjalani ujian C0vid 19, manakala seramai 31 individu lain turut diambil sampel termasuk isteri dan anak-anak pesakitt.

Sumber : SinarHarian