Skip to main content
Sentiasa Mengutamakan Orang Tuanya, Chef Zam Berduka Ibu Hembus Nafas Terakhir

Sharing is caring!

Nama Chef Zam sudah tidak lagi asing dalam industri kulinari di Malaysia. Selain memiliki restoran serta mengendalikan banyak rancangan masakan sendiri, dia juga selalu muncul di kaca televisyen sebagai juri atau chef jemputan.  Di laman Instagram miliknya, lelaki berusia 50 tahun ini sering memuat naik perkembangan terbaru tentang dirinya dan juga perihal ibu kesayangannya yang mesra dikenali sebagai Chik Minah.

BACA: Sempat Kongsi Video, Budak Dihempap Peti Sejuk Hembuskan Nafas Terakhir

Namun menerusi posting terbarunya, Chef Zam memaklumkan ibunya telah pun menghembuskan nafas terakhir lewat malam tadi di sebuah pusat perubatan bertempat di Kota Damansara. Wanita berusia 84 tahun tersebut sebelum ini telah menerima rawatan selama beberapa hari untuk masalah Pneumonia yang dihidapi.

Anak kelahiran Terengganu itu juga turut memberitahu jasad Allahyarhamah telah dikebumikan di  Petaling Jaya pagi tadi. Dalam satu posting lain sehari sebelumnya, chef selebriti tersebut meminta orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya yang terlantar.

Dalam satu perkongsian daripada penyanyi Sharifah Zarina pula, Chef Zam turut diakui selalu mengutamakan orang tuanya dalam apa jua yang dilakukan. Awal tahun ini, tukang masak tersebut pernah berkongsi video kegembiraan si ibu saat menerima kunjungan daripada primadona Erra Fazira sewaktu dirawat di sebuah pusat perubatan.

Sumber: Instagram Sharifah Zarina & Chef Zam 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!