Skip to main content
Sempat Jerit ‘Best’, Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Sharing is caring!

Siapa sangka, keterujaan seorang wanita bermain aktiviti terjunan 'rope swing' di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ahad lalu berakhir dengan tragedi. Siti Halijah Abd Rahim dikatakan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang selepas terjatuh sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

BACA : Tragedi Gas Karbon: Alat Pernafasan Dicabut, Begini Keadaan Terbaru Nor Aqilah

Mengimbas semula insiden tersebut, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan tergantung pada ketinggian sekitar 10 meter sebelum terhempas atas batu dan jatuh ke dalam sungai. Hal ini dipercayai berpunca daripada berlakunya kesilapan teknikal pada kabel. Insiden meruntun jiwa itu turut dikongsi adiknya, Mohamad Yakud Abd Rahim menerusi sebuah posting di Facebook.

Sempat Jerit 'Best', Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Yakub yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Undang-Undang Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai melakukan terjunan. Sementara itu, ahli keluarga yang lain termasuk ibunya hanya memerhati dari jauh di platform tinjauan.

Sempat Jerit 'Best', Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Sempat Jerit 'Best', Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Siti Halijah bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh petugas water rafting yang kebetulan berada di lokasi tersebut sebelum di hantar ke sebuah pusat perubatan berdekatan. Wanita berkenaan kemudian dirujuk ke Selayang bagi menjalani operation akibat kecederaan di bahagian tulang belakangnya. Dalam pada itu, mereka sekeluarga tidak menunding jari kepada penyedia khidmat aktiviti berkenaan atas apa yang berlaku.

Sempat Jerit 'Best', Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Sempat Jerit 'Best', Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Sempat Jerit 'Best', Keterujaan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Sumber : Facebook Obe Mikel, mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!