Skip to main content
Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Sharing is caring!

Tatkala Malaysia kini mampu menarik nafas lega kerana penyebaran wabak COVID-19 semakin terkawal, negara jiran iaitu Indonesia masih lagi bergelut dengan pendemik terbabit. Saban hari, statistik mereka terus meningkat sehingga mencatatkan lebih 267,000 individu positif dan 10,218 kematian. Dalam pada itu, seorang lelaki bernama Ihsan juga berduka mengiringi pemergian isteri tercinta, Amirah Lahaya selepas wanita itu terkorban dijangkiti virus berkenaan.

BACA : Sesak Nafas 2 Hari Lalu, Rakyat Malaysia Positif COVID-19 Temui Ajal Di London

Semalam dia sempat mencoretkan kedukaan hatinya di laman Twitter sehingga meraih belasan ribu retweet. Hampir 3 hari pemergian, dia masih susah untuk menerima takdir pahit tersebut namun tiada pilihan lain selain terus kuat untuk meneruskan hidup. Wanita yang juga seorang peguam itu bukanlah semata-mata seorang isteri di mata Ihsan. Bahkan dia adalah insan yang hadir sehingga membuatkan kehidupannya bertambah baik. Hampir seminggu terlantar, Amirah sempat meminta doa dan berharap suaminya mampu mengikhlaskan segala yang sudah terjadi.

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Lebih menyayat hati, Ihsan harus meneruskan kehidupan bersama 'amanah kecilnya' yang masih berusia 16 bulan. Mengimbas semula detik-detik terakhir, lelaki ini menyifatkan Amirah seakan-akan memberikan petanda bakal pergi selamanya setelah mereka menonton sebuah babak filem berkaitan perpisahan. Tidak cukup dengan itu, situasi getir tersebut terpaksa dilalui tepat pada tarikh hari jadi lelaki ini. Sempat memberikan ucapan istimewa, kemudian keadaan kesihatan isterinya semakin merosot sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Sumber : Twitter ihsan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!