Skip to main content
Semalam Bekas Suami Kahwin Lain, Harini DS Vida Pula Meng4muk Gara2 Cik B

BEKAS suami Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin, 42, telah selamat bernikah semula semalam dengan gadis pilihannya. Fairuz orang Ipoh memilih seorang usahawan dari Kuala Terengganu, Suhaila Adnan, 43, sebagai suri hatinya.

"Kami jumpa dua kali dan terus saya ajak nikah. Alhamdulilah dia terima. Kiranya kami akan bercinta selepas bernikah. Doakan kami kekal sehingga ke jannah," ujar Fairuz kepada SinarPlus. Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Datuk Seri Vida, Fairuz mengatakan mereka tidak lagi berhubungan selepas berpisah.

Fairuz kini menceburi bisnes takaful. Semoga Fairuz dan isterinya yang telah lapan tahun berstatus ibu tunggal dengan tiga anak itu kekal bahagia hingga akhirnya. Sebelum ini, Fairuz pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Vida pada Januari 2014, namun berpisah pada 7 April 2017 lalu.

Datuk Seri Vida sah berpisah dengan suami..

Datuk Seri Vida sah berpisah dengan suami.. Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin. "Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk terlalu rapuh." Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi tapi kita hanya merancang Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

"Setakat ini saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula" katanya. Pada masa sama usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut."Tidak… s4kit ini biar saya yang tanggung" katanya.

Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu. Bagaimanapun sumber rapat dengan Vida memberitahu pasangan itu dalam proses perpisahan secara rasmi. "Kalau ikut agama tu memang dah berpisah lah" kata sumber.

Marah Kutuk Gaya Cik B, Datuk Vida Lahar Netizen – "Bukan Masalah Harga Atau Duit, Dia Tak Nak Pakai Faham?

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida kecewa apabila gaya pemakaian anak sulungnya, Cik B menerima penghinaan dan kecaman netizen.

Vida menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya membalas kembali komen-komen negatif netizen.

Menurut Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, menyukai pakaian atau gaya yang lebih 'simple' dan selesa.

"Tak ada kerja lain ke nak kutuk Cik B? Kata Cik B pakai tak sesuailah tak kena dengan gaya, siapa perunding imej lah macam-macam mengutuk.

"Nak suruh Cik B pakai macam mana? Nak suruh Cik B pakai kasut tinggi? Beg dia ni sahaja dah berapa harganya, ini banyak lagi yang aku beli tapi belum sempat nak buka lagi.

"Apa benda beg dalam tu korang nak tengok ke? Bukan masalah harga atau duit tapi masalahnya dia tak akanlah nak pakai kasut tinggi macam ni. Dia suka pakai kasut rock dia tu. Tu belum tengok cincin dia lagi," ulasnya.

Menerusi video pendek di ruangan IG TV itu lagi, Vida juga menyampaikan rasa syukur dengan penampilan anaknya yang tidak seksi.

"Pah aku nak kato lagu mano? Bagilah masa dia untuk 'grooming' diri sendiri. Saya nak buat tapi saya mulakan dengan beli barang-barang sebeginilah.

"Kasut-kasut ni semua boleh sangat kalau dia nak pakai tapi dia tak nak pakai, faham tak? Mujur dia nak jaga kecantikan pun dah cukup baik.

"Ke kamu semua nak suruh dia tunjuk… Allah aku tengok anak orang lain angkat segala… Aku tak sanggup tengok. Biarlah dia nak macam tu korang nak cakap apa, suka hati koranglah," ujarnya.

Terdahulu, penampilan Cik B menjadi perhatian ramai selepas muncul dalam program Punch Line AC baru-baru ini.

Cik B hadir dengan mengenakan dress kuning dibutangkan senget di tengah dengan inner berwarna putih serta bercelana hitam dan menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan menerima kritikan netizen.

Kredit Instagram: @datoserivida, @cikbhavoc