Skip to main content
Selepas 2 hari berbincang. KM Sabah akhirnya dipilih. Ini reaksi Zahid

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah dan bakal mengangkat sumpah esok.

Perkara itu diumumkan oleh Hajiji sendiri dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini.

"Pemilihan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dicapai atas kata sepakat dan persetujuan GRS," kata Bung Moktar yang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dalam Pilihan Raya Negeri Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

Zahid: Sukar bagi BN beri jawatan KM Sabah pada Bersatu

Dakam perkembangan terkini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Jelas Zahid, tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah mengorbankan jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak.

KM Sabah: Bung 'Sangat Gembira' Dengan Keputusan GRS

Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin meninggalkan mesyuarat rundingan GRS sebentar tadi namun memberitahu media untuk menunggu pengumuman Yang di-Pertua Sabah, Juhar Mahiruddin mengenai ketua menteri Sabah yang baru.

Beliau mengatakan bahawa kepemimpinan GRS telah mencapai kata sepakat mengenai calon ketua menteri tetapi enggan menyatakan siapa yang telah dipilih.

Ketika ditanya mengenai hasil perbincangan, Bung mengatakan dia "sangat gembira" dengan keputusan yang dicapai.