Skip to main content
Selalu Pendam Masalah Sendiri Enggan Luahkan, Wanita Ajal Akibat Terlalu Stress

Sharing is caring!

Walaupun sudah banyak kempen kesedaran dilakukan, namun masih ada yang memandang remeh selain menyifatkan penghidap masalah jiwa sebagai 'insan lemah iman'. Secara dasarnya, stress mungkin nampak seperti sesuatu yang normal. Tapi sebenarnya, ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa diskriminasi umur dan boleh melarat jika berlarutan lebih lama. Sampai satu tahap, sesetengah mereka menemui ajal tidak kira akibat kemerosotan tahap kesihatan mahupun nekad menamatkan hayat sendiri.

BACA : Remy Ishak Diketawakan Sebab Hadapi Depresi, Doktor Lantang Tegur Sikap Netizen

Apabila berdepan dengan masalah, kebanyakan penghidap kemurungan jiwa ini gemar memendam sendiri tekanan yang terbuku di hati mereka. Lebih-lebih lagi bagi orang dewasa, rata-ratanya beranggapan bahawa meluahkan segala masalah hidup kepada sesiapa pun adalah sejenis tindakan kurang matang dan mungkin boleh membebankan pihak lain. Bahkan keputusan menyimpan sendiri masalah juga disifatkan sebagai lebih berdikari berbanding menceritakannya kepada keluarga atau kenalan rapat.

Selalu Pendam Masalah Sendiri Enggan Luahkan, Wanita Ajal Akibat Terlalu Stress

Tidak bersetuju dengan pemikiran sedemikian rupa, seorang gadis dengan akaun Twitter @Naya tampil berkongsikan mengenai tragedi pemergian neneknya sendiri. Jelasnya, wanita warga emas itu juga gemar memendam sendiri segala masalah sehingga akhirnya menjurus kepada masalah kesihatan yang kritikal sekali gus mengakibatkan nyawanya melayang.

Selalu Pendam Masalah Sendiri Enggan Luahkan, Wanita Ajal Akibat Terlalu Stress

Menurut pakar psikiatri bernama Elly Ingkiriwang di portal Kompas, sifat suka memendam perasaan akan menyebabkan berlakunya situasi yang dinamakan sebagai psikosomatik. Ia adalah faktor utama stress yang mencetuskan gangguan jiwa. Tambah pakar perubatan ini, setiap masalah perlu 'dilepaskan' menggunakan saluran yang bersesuaian termasuklah dengan cara menangis. Paling penting, setiap orang harus mendiagnosis masalah-masalah mereka sebagai langkah mencari jalan penyelesaian dari peringkat awal.

Selalu Pendam Masalah Sendiri Enggan Luahkan, Wanita Ajal Akibat Terlalu Stress

Sumber : Twitter Naya, M.YUSUF & Portal Kompas

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!