Skip to main content
Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Sharing is caring!

Dugaan dan ujian diberikan Allah S.W.T kepada hamba-Nya adalah petanda seseorang itu adalah orang yang disayangi-Nya. Ujian pula boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tak mengira waktu. Situasi itulah yang dilalui oleh seorang remaja, Muhammad Zulaina apabila ditimpa musibah agak besar dalam hidupnya setelah rumah tempatnya berteduh hangus dijilat api.

BACA: Seat Kereta Hangus, Punca Didakwa Tinggalkan Power Bank Lama Dalam Cuaca Panas

Hal itu dikongsikan oleh rakannya sendiri melalui akaun Twitter @aimanetu. Kejadian terbabit turut memusnahkan sebuah motosikal dan dipercayai berpunca dari rumah sebelah yang didiami seorang warga Indonesia. Menurutnya lagi, Zulaina memang terhimpit dengan kesempitan hidup dari kecil. Selama ini dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Pemuda tersebut juga masih dalam dilema hendak melanjutkan pelajaran ataupun tidak memandangkan perlu menjaga si ibu yang kurang sihat.

Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Jejaka berusia 18 tahun itu juga sering mengakui lelaki tersebut adalah merupakan seorang sahabat yang sangat baik. Di sebalik kesusahan hidup yang dialami, dirinya tidak pernah sesekali berkira dengan rakan-rakan. Dia turut meminta orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sedikit bantuan dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan untuk memulakan hidup baru.

Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Sejak Kecil Cari Duit Sara Keluarga, Remaja Buntu Rumah Musnah 100% Dijilat Api

Sumber: Twitter Aimanetu & Facebook Nor Aishah Abdul Majid 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!