Skip to main content
Rumah tangga dikatakan dilanda b4dai. Puteri Sarah mula buka mulut

HINGGA kini pelakon Puteri Sarah terus bermain teka-teki mengenai perihal rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof yang dikatakan dilanda badai.

Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Terbaharu Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan curang dan tidak setia.

"Cu-rang adalah pilihan, bukan kesalahan.

Puteri Sarah dan Syamsul bersama dua anak-anak mereka.

"Cu-rang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu.

"Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia," demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.

"Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

"Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik… InsyaAllah," tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.

Gambar kenangan keluarga ini menyambut hari raya bersama pada Mei lalu.

Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

"Saya Harap Cerita Ini Tak Betul!" – Mawi Ulas Hubungan Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah

Rakan kepada sutradara dan pelakon Syamsul Yusof, Mawi berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan sahabatnya itu tidak benar.

Kata Mawi, dia ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

"Cerita ini saya tahu dari media dan Instagram.

"Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya.

"Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah.

"Saya harapkan cerita ini tak betul… Kita doakanlah," katanya kepada Gempak.

Mawi ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu.

Tinjauan di Instagram juga mendapati Syamsul dan Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun masing-masing.