Skip to main content
Rakyat Sabah Sudah Buat Pilihan. Ini Keputusan terkini PRN Sabah

Sebanyak 58 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat jam 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding pada jam 2 petang.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16 ini.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. – Bernama

Dalam pada itu Keadaan keselamatan di negeri ini pada keseluruhannya terkawal semasa proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung tanpa sebarang insi-den yang tidak diingini berlaku, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini, beliau berkata, keadaan terkawal di semua pusat mengundi.

Berikut merupakan Keputusan Tak Rasmi | PRN Sabah – setakat jam 7.50 malam

Nampaknya Parti Warisan mula mendahului dengan 5 kerusi

'Power Rangers' pun mengundi

Penampang: Seorang pengundi menarik perhatian ramai apabila mengenakan kostum adiwira 'Power Rangers' ketika menunaikan kewajipannya di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini, hari ini.

Pengundi terbabit dilihat mengenakan kostum White Tigerzord satu daripada watak dalam Power Rangers.

Dia dilihat tenang menunggu gilirannya sebelum mengundi dan kehadirannya menjadi tumpuan di beberapa platform media sosial.

Malah, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut berkongsi gambar White Tigerzord di laman media sosial dengan keterangan 'Tahniah, White Tigerzord, kerana tidak melupakan pelitup muka'.

Ada betul Power Rangers putih datang mengundi. Haii.. mcm2. Haha….#sayapengundibaru#undiadalahrahsia

Posted by YDa Azam L. Lee on Friday, September 25, 2020