Skip to main content
Putus Cinta Sebab Tak Seputih Korean, Ramai Cuba Ngurat Jejaka Hitam Manis Ini

Sharing is caring!

Kalau bercakap tentang proses mengenali seseorang jejaka, tidak dinafikan bawa setiap wanita mempunyai kriteria tertentu dan perkara pertama yang dilihat sudah semestinya aspek rupa serta penampilan. Bagi sesetengah perempuan yang merupakan peminat tegar Kdrama atau Kpop, ramai mengimpikan teman lelaki berkulit putih persis 'oppa' di kaca televisyen. Namun selepas menyaksikan sendiri videoviral  seorang individu ini, mungkin perspektif anda bakal berubah.

BACA : [VIDEO] Bajet Steady Bila Disakat Kacak, Wartawan Ini Buat Ramai Terhibur

Melalui video TikTok milik jejaka kacak bernama Marlon Abraham, dia pernah berseloroh kononnya mengalami episod putus cinta hanya kerana warna kulitnya dikatakan tidak seputih lelaki-lelaki di Korea. Sejak dimuat naik pada pertengahan bulan September lalu, rakaman tersebut sudah pun ditonton sebanyak 1.8 juta kali oleh netizen. Bukan satu video sahaja, malahan content lainnya juga meraih jumlah tontonan yang sangat tinggi daripada 152 ribu pengikutnya di aplikasi berkenaan.

Putus Cinta Sebab Tak Seputih Korean, Ramai Cuba Ngurat Jejaka Hitam Manis Ini

@marlon_abraham4

#zoommyface hanya bisa tersenyum saja

♬ kalau bosan ko bilang – jordan

@marlon_abraham4

#zoommyface nona pung belis mahal jadi beta mundur jua

♬ Lhc_Kaka Main Salah – A.R

@marlon_abraham4

hanya bisa mengagumimu dari jauh

♬ Mengagumimu Dari Jauh – Regitafarahdiba

Walaupun memiliki kulit yang agak hitam-hitam manis, namun seorang wanita dengan akaun @pnggilakubambang nyatanya sangat terpikat dengan kemanisan wajah lelaki ini. Dia sempat membuat video reaction kepada rakaman pendek milik Marlon sebelum ini. Menjengah ke ruangan komen pula, ramai netizen terus memuji kekacakan asli yang dimiliki oleh jejaka berkenaan selain mencuba nasib untuk 'mengurat'.

@panggilakubambang

#duet with @marlon_abraham4 manis amat jodoh org #fyp #foryoupage #fypシ #foryou

♬ Lhc_Kaka Main Salah – A.R

Putus Cinta Sebab Tak Seputih Korean, Ramai Cuba Ngurat Jejaka Hitam Manis Ini

Putus Cinta Sebab Tak Seputih Korean, Ramai Cuba Ngurat Jejaka Hitam Manis Ini

Putus Cinta Sebab Tak Seputih Korean, Ramai Cuba Ngurat Jejaka Hitam Manis Ini Putus Cinta Sebab Tak Seputih Korean, Ramai Cuba Ngurat Jejaka Hitam Manis Ini

Sumber : TikTok marlon abraham4 & panggilakubambang

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!