Skip to main content
Pengantin Perempuan Jatuh Tandu Tak Sempat Sanding, Reaksi Suami Jadi Tumpuan

Sharing is caring!

Sesuatu perkahwinan akan dirasakan tidak lengkap jika adat resam diketepikan. Walaupun zaman kini sudah semakin moden, namun masih ramai yang memilih untuk mengekalkannya bagi memeriahkan majlis. Samalah seperti adat ditunjukkan dalam sebuah majlis perkahwinan di Indonesia ini yang tular di laman TikTok.

BACA: [VIDEO] Tak Habis Penat Majlis Kahwin, Pengantin Baru Dapat Tugas Basuh Periuk

Menerusi satu perkongsian video @aikenz09, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengusung dua buah tandu yang membawa sepasang raja sehari. Walau bagaimanapun, pengantin perempuan tiba-tiba jatuh tersungkur ke bawah selepas sebatang kayu yang digunakan untuk menampungnya terbelah dua.

Pengantin Perempuan Jatuh Tandu Tak Sempat Sanding, Reaksi Suami Jadi Tumpuan

Kejadian mengejutkan itu membuatkan wanita berkenaan lemah dan hampir pengsan sebelum diangkat oleh tetamu majlis yang hadir. Tatkala orang ramai sedang membantu si isteri yang sudah terjelepuk ke tanah itu, suaminya pula hanya menunjukkan riak tenang dan tidak berbuat apa-apa.

@aikenz09

awww😂#aikenz #warga_62 #viralllllll #fyp #fypシ #branda #wow #fypindonesia #lucuabis #ngakaksehat

♬ original sound – aikenz🇮🇩 – aikenz🇮🇩

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut risau dengan keadaan wanita tersebut. Mereka juga turut membayangkan perasaan malu yang harus ditanggung oleh pengantin berkenaan susulan kejadian. Ada juga mempersoalkan reaksi suaminya yang terlihat bersahaja di belakang.

Pengantin Perempuan Jatuh Tandu Tak Sempat Sanding, Reaksi Suami Jadi Tumpuan

Pengantin Perempuan Jatuh Tandu Tak Sempat Sanding, Reaksi Suami Jadi Tumpuan

Pengantin Perempuan Jatuh Tandu Tak Sempat Sanding, Reaksi Suami Jadi Tumpuan

Sumber: TikTok aikenz09

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!