Skip to main content
Penampilan Terbaru Zara Zya Mengenakan Hijab Buat Orang Ramai Sejuk Mata Memandang, Peminat Doakan Harap Zara Terus Istiqomah

Pelakon dan usahawan jelita, Zara Zya sudah mula mengenakan hijab sejak seminggu yang lalu.Ketika memuat naik gambar pertamanya memakai tudung, ramai yang menyangka ianya hanyalah daripada drama yang dilakonkannya. Namun kapyen yang digunakannya sudah membayangkan sebaliknya.

"Jika Allah cepat makbulkan doa kita, itu tandanya dia sayangkan kita. Tapi kalau Allah lambat makbulkan doa kita, sabar. DIA tetap sayang. Cumanya DIA sedang menguji kita.

"Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui. Pasti DIA merancang sesuatu yang lebih baik buat diri kita," tulis Zara sebagai kapsyen gambarnya itu.

Sejak daripada itu, setiap muat naik gambar-gambar dan video di Instagram miliknya itu tiada lagi 'free hair' dan dia nampak sungguh tenang dengan solekan yang cukup minimalis.

"Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria dengan memperbaiki diri kita yang sekarang," tulisnya pada satu lagi entri di Instagramnya.

Menurut Zara, dia sempat menghabiskan satu penggambaran drama pada Jumaat lalu sebelum bertekad untuk mengenakan tudung sepenuhnya dan dia juga memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang tidak bersesuaian dengan imej bertudungnya sekarang.

"Bahagia milik siapa? Bahagia itu bukanlah milik orang yang memiliki segala-galanya. Bahagia itu adalah milik orang yang bersyukur untuk segala-galanya," tulis Zara dalam satu lagi entri di Instagram miliknya.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dia sering mendengar soal istiqamah merupaka sesuatu perkara yang bukan mudah tetapi dia sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya menetapkan hatinya.

Sumber:Gempak