Skip to main content
Peguam Ini Ulas Tentang Isu Syamsul Yusof ‘Mengamuk’ Kerana Difitnah Tentang Rumahtangga

SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama. Ada pihak yang mengambil kesempatan dan sebarkan berita yang tidak sahih mengatakan Syamsul Yusof curang.

Berita tidak benar itu disebarkan oleh satu channel youtube dan mendapat perhatian Syamsul. Tidak berdiam diri, Syamsul agak berang dengan siaran youtube itu, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap channel itu.

Syamsul mengatakan dia sedang hadapai masalah rumahtangga dan berita sebegini mengeruhkan lagi keadaan tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia agak berang kerana tidak menghormatinya dan anggap artis sebagai sampah.

Peguam Ini Ulas Tentang Isu Syamsul Yusof

Hari ini saya baca beberapa update berkenaan isu pasal kes fitnah. Tentang kes Shamsul Yusof hendak saman Youtuber kerana tajuk yang mencetuskan kontroversi.

Tajuk yang digunakan "Tak Sangka Rupanya Shamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah" Pilihan tajuk begini memang mengundang kontroversi dan penonton. Janganlah begitu. Hormatilah privasi keluarga orang.

Saya teringat kata-kata oleh Yang Arif Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam memutuskan kes saman fitnah oleh Fazura terhadap Mingguan Warta Perdana.

Memetik dari laporan Mstar bertarikh 10/11/2009:

'Sebelum membacakan keputusan kes itu, Balia menasihatkan akhbar seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukannya memikirkan tentang keuntungan semata-mata.

Ini kerana dalam keterangan sumpah, pihak Defendan (Mingguan Warta Perdana) ada menyatakan tajuk artikel dibuat untuk menghasilkan faktor 'wow' bagi menarik minat pembaca'.

Jadi memetik kata-kata Yang Arif ini. Bertanggungjawablah! Jangan fikir diri sendiri semata-mata dan keuntungan semata-mata.

Gadis Mohon Maaf Dan Mengaku Sebar Fitnah Ayam Goreng McD Berulat

Hari ini juga saya terbaca tentang kes ayam goreng McDonald yang viral kononnya ada ayam yang dibeli berulat.

Rupa-rupanya ayam berulat tersebut sudah dibeli oleh pelanggan ini beberapa hari lalu dan telah pun tercemar. Bukanlah baru dibeli seperti yang kita faham dari pembacaan ciapan ini.

Pelanggan telah membuat permohonan maaf tetapi kata McDonald "Damage was done". Malahan McDonald juga menyatakan melalui kenyataannya, mereka kini sedang mendapatkan nasihat guaman terhadap netizen dan juga mereka yang repost dan menyiarkan semula twitter tersebut.

McDonald juga akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mencemarkan jenama dan reputasi mereka.

Hmm. Yang pemilik akaun pun, janganlah bagi salah informasi. Kalau dalam mahkamah ini, kita panggil cuba 'mengelirukan' mahkamah atau cuba menyalaharahkan mahkamah. Istilah ini memang wujud dalam prosiding mahkamah apabila ada usaha-usaha nak 'corner' atau putar belit.

Perbuatan memutar belit ini ada dimana-mana. Berhati-hati. Kalau menulis dan berkongsi itu, cuba jujur. Janganlah kerana nak viral, macam-macam cara muat naik. Sampai berita-berita palsu pun muat naik.

The Social Dilemma - Social media and the (mal)formation of identity - BLOG - Dion Forster - An uncommon path

Kalau berkesempatan, cuba tonton satu dokumentari The Social Dilemma. Sebuah dokumentari tentang bahayanya media sosial. Bagaimana digambarkan kita pengguna media sosial seolah-olah dijampi atau dipukau oleh media sosial.

Yang ditemubual ini bukan calang-calang orang. Antaranya adalah salah seorang pencipta like button di Facebook, bekas-bekas jurutera syarikat media sosial terkenal dan lain-lain lagi.

Kata Tristan Harris, bekas Design Ethicist di Google "Berita palsu di Twitter, 6 kali lebih pantas tersebar dari berita sebenar"

Gunakan sebaiknya kelebihan yang kita ada. Teknologi ini banyak membawa kepada kelebihan. Gunakan ia dengan baik, maka Insyallah baik jadinya.

Kredit: FB Nor Zabetha

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.