Skip to main content
Nyanyian ‘Lelaki Ini’ Tangkap Perasaan, Usop Layak Ke Final Big Stage 2020

Sharing is caring!

Malam tadi, konsert separuh akhir 'Big Stage 2020' telah berlangsung dengan sangat meriah. Keenam-enam peserta berjaya melaksanakan dua tugasan bertemakan 'duet platinum' bersama penyanyi popular tanah air dan 'veto juri' yang merupakan pilihan para juri tetap. Sama seperti pusingan sebelum ini, Usop sekali lagi menjadi perhatian ramai peminat dengan aksi selambanya.

BACA : "Dah Selalu Sangat Lalui.." – Usop Akui Ramai Mengaku Saudara Lepas Jadi Artis

Dikenali menerusi sebuah rancangan realiti, bintang yang pernah digelar 'Artis Kampung' ini dilihat semakin meningkat naik sekali gus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan. Tidak cukup dengan itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor turut dinobatkan sebagai BBNU Paling Gempak bagi minggu ketujuh selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat.

Mendendangkan lagu 'Lelaki Ini' oleh Anuar Zain, ternyata penyanyi berusia 23 tahun ini berjaya memukau penonton dengan persembahan penuh emosi serta kehebatan vokalnya. Bahkan kemampuannya berduet bersama Haqiem Rusli sewaktu menyanyikan lagu 'Kembali Merindu' ternyata tidak kurang mantapnya.

Bagaimanapun, satu-satunya bunga yang bertanding iaitu Farisha Iris terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pentas akhir Big Stage 2020 apabila namanya diumumkan tersingkir. Ini sekali gus menjadikan lima peserta lelaki iaitu Usop, Azzam Shah, Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid layak ke final bagi merebut gelaran Juara Big Stage 2020.

Sumber : Instagram bigstageofficial, Youtube Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!