Skip to main content
“Nurse Menjerit”-Jantung Ibu Terhenti, Terpaksa Czer Selamatkan Bayi 34 Minggu

Sharing is caring!

Sesungguhnya pemergian insan tersayang itu sangat memeritkan. Apa lagi jika ia berlaku tanpa disangka-sangka. Mungkin itulah detik cemas yang dialami oleh seorang suami apabila kegembiraan menyambut kelahiran zuriat baru bertukar menjadi moment duka.

BACA : Ajal Sewaktu Cari Makan, Jasad Wanita Dibonceng Sejauh 80km Naik Motosikal

Menerusi Facebook, Dr Redza Zainol sempat berkongsi pengalaman mengendali seorang wanita yang sedang sarat hamil. Pada awalnya, si ibu ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir. Malangnya denyutan jantung wanita berkenaan sudah terhenti, manakala bayi dalam kandungan pula dilaporkan keadaan lemah.

Gambar Sekadar Hiasan

Mengenangkan risiko yang bakal ditanggung bayi berkenaan, mereka akhirnya memutuskan untuk melakukan Caesarean (CZER) di usia kandungan 34 minggu. Si kecil pramatang tersebut akhirnya berjaya diselamatkan dan ditempatkan di NICU selama 3 minggu bagi mendapatkan rawatan. Namun apa yang meruntun jiwa apabila si kecil yang berstatus anak yatim itu tidak berkesempatan untuk merasa susu ibunya.

Gambar Sekadar Hiasan

Susulan itu, pakar perubatan berkenaan memberikan pesanan buat para suami untuk sentiasa menghargai dan bertolak ansur dalam membantu meringankan beban partner masing-masing. Malah tidak ada salahnya jika si suami menemani isteri melakukan rutin check-up bagi memantau tahap kesihatan diri dan kandungan.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Redza Zainol

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!