Skip to main content
Mula Tangan Kosong, Bapa Muda Tunjuk Effort Luar Biasa Bahagiakan Anak Isteri

Sharing is caring!

Dalam melayari alam rumah tangga, setiap ibu bapa perlulah ada sifat saling bertoleransi dalam menguruskan kehidupan. Walaupun jumlah anak makin bertambah namun itu bukanlah alasan untuk mengenepikan soal tanggungjawab, sebaliknya jadi lebih bersemangat seperti yang ditonjolkan oleh seorang bapa muda ini.

BACA: [VIDEO] Pemuda Sanggup Buat 2,3 Kerja Demi Hadiahkan Bapa Motosikal Baru. Sebak

Mula Tangan Kosong, Bapa Muda Tunjuk Effort Luar Biasa Bahagiakan Anak Isteri

Menurut wanita dikenali sebagai Caitlin Fladager ini, dia telah hamil cahaya mata sulung ketika suaminya cuma berusia 17 tahun. Sebaik anak perempuan mereka lahir, lelaki berkenaan sedar bahawa dia perlu berusaha lebih gigih lagi. Justeru, dia terus menukar kerja di restoran makanan segera dan memulakan karier baru sebagai seorang tukang paip. Siapa sangka berkat niat dan usaha yang gigih selama bertahun-tahun, suami Fladager sudah memiliki sebuah syarikat pertukangan paip sendiri pada usia cuma 25 tahun serta bahagia di samping keluarga tercinta.

@caitlinfladager

Not all teen dads are the same..❤️ #teendad #fyp #foryoupage #wholesome #marriage

♬ Can We Kiss Forever? – Piano Version – Kim Bo

Video yang sangat menginspirasikan itu bukan saja meraih lebih 3 juta views di TikTok, malah turut tular di beberapa laman sosial lain. Di samping memuji sifat dan usaha yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut, rata-rata netizen juga mencontohi dedikasinya demi membahagiakan insan tersayang walaupun bermula dengan tangan kosong.

Mula Tangan Kosong, Bapa Muda Tunjuk Effort Luar Biasa Bahagiakan Anak Isteri

Mula Tangan Kosong, Bapa Muda Tunjuk Effort Luar Biasa Bahagiakan Anak Isteri

Mula Tangan Kosong, Bapa Muda Tunjuk Effort Luar Biasa Bahagiakan Anak Isteri

Mula Tangan Kosong, Bapa Muda Tunjuk Effort Luar Biasa Bahagiakan Anak Isteri

Sumber: TikTok caitlinfladager & Twitter adiariff_mohd

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!