Skip to main content
MRT Kajang Line Beri Penjelasan Tembok Pengadang K0nkrit Did4kwa Terjvntai

KUALA LUMPUR: Ruang antara kepingan dinding parapet di sepanjang laluan bertingkat MRT Kajang di Kota Damansara memang direka begitu, sekali gus tidak berb4haya kepada orang ramai.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataannya menyebut, hasil pemeriksaan mendapati dinding parapet dipasang dengan baik dan berada dalam keadaan selamat.

No photo description available.

MRT dalam kenyataannya berkata, penjelasan itu susulan perkongsian di media sosial dan laman sembang yang mend4kwa terdapat dinding parapet yang terjuntai dan berisiko untuk jatuh.

"Sebahagian daripada komen dan perkongsian di laman sosial adalah tidak tepat dengan menyatakan beberapa kepingan parapet itu berada dalam keadaan terjuntai dan berb4haya.

"Ruang antara dinding parapet itu sememangnya telah direka sedemikian rupa. Parapet itu diletakkan di bahagian sudut untuk memenuhi jalan raya yang melebar berhampiran stesen," kata kenyataan itu.

Pemeriksaan berkenaan telah dijalankan bersama pengendali laluan MRT Kajang, Rapid Rail Sdn Bhd.

"Justeru, MRTCorp ingin meyakinkan orang ramai bahawa tidak ada risiko struktur dinding parapet terjatuh.

"Pemeriksaan berkala turut dilakukan bagi semua aset Laluan MRT Kajang bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan b4haya kepada orang ramai," katanya.

Pada 19 September lalu, seorang wanita nyaris m4ut apabila keretanya dit1mpa dinding parapet Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

[Video] Seorang wanita cedera apabila kepingan konkrit binaan lebuh raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) jatuh menghempap kenderaan mangsa di laluan MRR2 menghala Ampang petang tadi.

🎥: Orang awam pic.twitter.com/doIATHkzBM

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 19, 2020

Sumber: Berita Harian, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.