Skip to main content
MP UMNO s0kong Anwar? Ini pandangan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya s0kongan sebilangan Ahli

Parlimen UMNO / Barisan Nasional kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya, bukanlah s0kongan secara percuma.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau percaya s0kongan itu hadir dalam bentuk bersyarat, terutamanya dalam memastikan kemahuan dua pemimpin utama mereka, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipenuhi.

Malaysia's Pakatan Harapan coalition backs Anwar as PM | News | Al Jazeera

"Walaupun Datuk Seri Anwar kata yang dia tidak menerima s0kongan dari enam Ahli Parlimen yang menghadapi kes-kes mahkamah, sudah pasti yang memberi s0kongan kepada Datuk Seri Anwar mempunyai kesetiaan lebih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid.

"Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Tan Sri Muhyiddin," katanya lagi.

Dr Mahathir berkata, terpulang kepada Muhyiddin untuk memikir pilihan yang terbuka kepadanya.

'Orang Pas tak naik bas ekspres tidak berhenti di stesennya' – Abdul Hadi ulas d4kwaan Anwar

Abdul Hadi berkata kesemua ahli parlimen parti itu terus teguh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. – Gambar fail

DALAM pada itu, Pas menegaskan parti Islam itu tidak akan sesekali menaiki 'bas ekspres yang tidak berhenti di stesennya'.

Sebaliknya parti itu tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen parti itu terus teguh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Ketika ditanya jika ditawarkan menyertai Kem Anwar, ahli Parlimen Marang berkenaan enggan melayan andaian seperti itu dan pihaknya teguh dengan gabungan ketika ini.

"Kita terus, 18 ahli Parlimen Pas terus mendokong Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana Menteri. Terus bersama dengan Perikatan Nasional, Muafakat Nasional dan orang Pas tidak naik 'bas ekspres yang tidak berhenti di stesen'," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

PAS terus menyokong Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

PAS terus bersama Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional secara 'en-bloc'.

PAS tak naik bas ekspres yang tak berhenti di stesen.

— Abdul Hadi Awang 🇲🇾 (@abdulhadiawang) September 24, 2020

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mend4kwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Anwar turut berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun dit4ngguhkan kerana Baginda menerima r4watan di Institut Jantvng Negara (IJN).

Sumber: Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.