Skip to main content
Menyorok Belakang Pintu, Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan Duda 51 Tahun

Sharing is caring!

Kisah suami isteri yang selingkuh dilihat semakin kerap dilaporkan melalui media sejak akhir-akhir ini. Selain lelaki, wanita juga terjebak memilih untuk bermain kayu tiga seperti satu kisah tular mengenai seorang wanita berstatus isteri orang 'kantoi' berkhalwat di sebuah kediaman di Taman Mahsuri, Kedah.

BACA : Atuk Ditangkap 'Bermadu Kasih' Dengan Pelajar, Akhirnya Diminta Bernikah

Menerusi laporan Harian Metro, percubaan wanita berusia 36 tahun berkenaan bersembunyi di belakang pintu rumah gagal apabila berjaya diberkas oleh anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK). Apa yang mengejutkan adalah dia dicekup khalwat di rumah seorang duda berusia 51 tahun. Turut mendapati warga emas berkenaan tinggal di kediaman berikut bersama anak lelakinya berusia belasan tahun yang juga merupakan OKU lembam.

Menyorok Belakang Pintu, Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan Duda 51 Tahun

Menyorok Belakang Pintu, Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan Duda 51 Tahun

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Daerah Kulim (PADK) memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan sumbang mahram di rumah berkenaan sekitar jam 1.54 pagi tadi. Ketika melakukan pemeriksaan, kedua-dua mereka bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan selain tiada sebarang ikatan sah. Susulan itu, duda yang bekerja sebagai pemandu van kilang bersama wanita berkenaan ditahan dan dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk siasatan lanjut.

Menyorok Belakang Pintu, Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan Duda 51 Tahun

Menyorok Belakang Pintu, Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan Duda 51 Tahun Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!