Skip to main content
Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik ‘Bunga Raya’

Sharing is caring!

Rancangan baru 'The Masked Singer Malaysia' kini sudah masuk minggu yang kedua. Persembahan daripada 11 orang peserta tetap meriah walaupun dilangsungkan dalam suasana norma baharu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Minggu ini telah menyaksikan seorang lagi peserta telah tersingkir dan didedahkan identitinya iaitu Rimau.

BACA: "Tomok Tengok Pun Nangis"- Throwback Muka Seposen, Alif Satar 'Dibahan' Netizen

Membawakan lagu nyanyian asal Alif Satar iaitu 'I Want You To Love Me', kostum Rimau telah digayakan oleh penyanyi dan juga pelakon Ebby Saiful.  Penampilan pelakon yang sudah berusia ini di pentas tersebut sangat mengejutkan ramai memandangkan dia sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik 'Bunga Raya' Kredit Foto: Astro Gempak

Antara peserta yang turut menjadi perhatian semalam adalah 'Bunga Raya'menerusi lagu 'Hareudang Hareudang'. Gelagat peserta berkenaan yang sangat lincah telah berjaya mencuri hati ramai termasuklah juri dan juga penonton sehingga meraih markah keseluruhan sebanyak 84 peratus.

Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik 'Bunga Raya' Kredit Foto: Astro Gempak Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik 'Bunga Raya' Kredit Foto: Astro Gempak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang dengan meneka nama beberapa artis yang dirasakan membawa watak tersebut. Malah, ada juga beberapa selebriti muncul apabila nama mereka turut disebut-sebut oleh para peminat.

Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik 'Bunga Raya'

Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik 'Bunga Raya'

Menyanyi Lincah Sangat, Artis Turut Serta Pakat Teka Gerangan Cik 'Bunga Raya'

Sumber: Instagram Astro Gempak & Zon Lawak 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!