Skip to main content
Menteri Wilayah Annuar Musa Tanya Kenapa Bukan Jalan Nama Inggeris Yang Digantikan, Ini Jawapan DBKL

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kelihatan tidak senag dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menamakan semula Jalan Raja Laut 1 menjadi Jalan Palestinn.

Annuar mengatakan bahawa dia tiada halangan jika sesuatu jalan dinamakan Jalan Palestinn namun mempersoalkan alasan jalan yang diberi sempena nama tokoh dalam sejarah Melayu itu dipilih untuk diganti dan bukannya jalan dengan nama Inggeris.

"Saya tiada halangan nak namakan jalan di Kuala Lumpur dengan nama Jalan Palestinn, sebagai tanda sokongan kepada perjuangan pembebasan Al-Qudss.

Mahukan Penjelasan

"Namun saya mahukan penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur".

"Kenapa tak tukar jalan nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Cohrane Road", katanya di Twitter.

Kredit Gambar MalaysiaKini

Untuk rekod, DBKL berada di bawah kementerian Annuar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, idea untuk menukar nama jalan itu dicetuskan selepas  Himpunan Hari Al-Qudss Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

"Kementerian Wilayah Persekutuan meminta untuk menamakan satu jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestinn.

"Menamakan semula jalan melambangkan sokongan Malaysia untuk perjuangan rakyat Palestinn menentang penindasann dan akhirnya, membentuk negara Palestinn," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber : MKini