Skip to main content
Menang beza 6 kerusi dgn Warisan. Ini Reaksi PM Muhyiddin susulan keputusan rasmi PRN Sabah

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-16.

Rasmi sudah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang di 38 kerusi yang menandakan ia meraih majoriti mudah untuk menang PRN, menurut kiraan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketika pengumuman SPR ini dibuat, kiraan SPR menyebut GRS menang 37 kerusi, Warisan Plus menang 26 kerusi dan calon bebas menang dua kerusi.

Untuk membentuk kerajaan negeri, parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 37 kerusi.

Berikut KENYATAAN MEDIA TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL

"Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang berlangsung hari ini. Kemenangan ini menunjukkan keyakinan rakyat kepada parti-parti dalam GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah.

"Saya mengucapkan tahniah kepada calon-calon GRS yang menang dalam pilihanraya ini. Inilah masanya untuk anda semua mencurah khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat dan membuktikan bahawa kita sebenar-benarnya adalah prihatin kepada rakyat. Yang penting GRS yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah mestilah berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala komitmen yang dinyatakan dalam Aku Janji GRS.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di negeri Sabah yang telah memilih calon-calon Gabungan Rakyat Sabah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua petugas dan sukarelawan yang telah membantu berkempen untuk calon-calon GRS dalam pilihanraya ini.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN

Perdana Menteri, Merangkap Pengerusi Perikatan Nasional

26 September 2020

Reaksi Najib selepas SPR umum keputusan rasmi

"Pendek kata. Pendapatan. Pekerjaan. Kebajikan. Pembangunan. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

"Dengar ada kapal tengah karam malam ini?

"Kat mana?," kata Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan sinis daripada bekas Perdana Menteri itu dipercayai merujuk kepada keputusan Pilihan Negeri (PRN) Sabah.

Beliau juga adalah Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Dalam keputusan awal, Gabungan Rakyat Sabah merampas Sabah daripada parti Warisan apabila menang di 37 kerusi.

GRS terdiri daripada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional mencatatkan kemenangan majoriti mudah.

Sebanyak 73 kerusi dipertandingkan

Reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan keputusan rasmi PRN Sabah

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, September 26, 2020