Skip to main content
Memperoleh majoriti mudah. Ini Nasib Anwar untuk menjadi PM jatuhkan Muhyddin

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi Malaysiakini setakat ini, gabungan itu sehingga kini telah berjaya memenangi sekurang-kurangnya 37 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin juga sebentar tadi mengumumkan kemenangan itu.

Laporan langsung keputusan PRN Sabah

Untuk membentuk kerajaan negeri parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 37 kerusi.

Bagaimanapun keputusan ini masih belum rasmi memandangkan pengiraan masih lagi berjalan.

Berikut pula reaksi dari Najib

"Dengar ada kapal tengah karam malam Ini? Kat mana?"

PRN Sabah: Pemimpin PN Berkumpul Ikuti Keputusan Di Bilik Operasi

Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional ketika ini sedang berkumpul di Pusat Maklumat PRN Sabah di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu bagi mengikuti perkembangan terkini keputusan pilihanraya negeri Sabah.

Antara yang dapat dilihat ialah Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Suasana Ceria Di Bilik Operasi PN, Kemenangan Makin Hampir

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin hampir berhasil merampas kerajaan negeri Sabah dari Warisan.

Berdasarkan pengiraan Malaysiakini, GRS telah memenangi 35 kerusi dan dijangka akan mendapat lebih banyak lagi.

Kemenangan GRS kemungkinan disumbangkan sebahagian besarnya oleh Umno yang merampas semula kerusi daripada Warisan dan Star.

SUA Bersatu Hamzah Zainuddin mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah telah berjaya memenangi 37 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri, menurut kiraan tidak rasmi. Sorakan gembira kedengaran di War Room BN.

'Secara Tak Rasmi, Kita Akan Ambil Alih Kerajaan Sabah' – Hamzah

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin memberitahu pemberita bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah secara rasmi mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Sabah.

Dengan keptusan menang bergaya dari kerajaan PN pimpinan Muhyddin ini bermakna dakwaan Anwar yang kerajaan Muhyddin sudah jatuh hanyalah retorik semata-mata

PRN Sabah: Mood pemimpin dan penyokong di blok GRS ceria, bersorak manakala di blok Warisan Plus suram ketika ini

KKM: Semua Individu Tiba Dari Sabah Wajib Jalani Saringan

Dalam pada itu Semua individu yang baru tiba dari Sabah wajib menjalani saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) bermula esok sehingga 10 Oktober ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.