Skip to main content
“Mateen Tak Jealous Nak Dapat Adik”-Yana Samsudin Umum Hamil Anak Kedua 8 Bulan

Sharing is caring!

Siapa saja yang tidak gembira apabila menerima perkhabaran bakal menimang cahaya mata baru selepas beberapa tahun menanti? Itulah yang menggambarkan perasaan pelakon Yana Samsudin ketika ini di mana dia bakal menyambut kedatangan orang baru dalam keluarganya kurang dua bulan sahaja lagi.

BACA: Baru Sebulan Lebih Bergelar Bapa, Adik Yana Samsudin Pergi Ketika Sedang Tidur

Perkhabaran gembira berkenaan telah diumumkan oleh suami kepada pelakon wanita itu, Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram miliknya. Perkara tersebut juga didedahkan kepada umum sempena ucapan ulang tahun isterinya yang sudah berusia 36 tahun hari ini. Yana yang sekarang sedang hamil lapan bulan sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kandungan keduanya itu.

Menerusi posting tersebut juga, lelaki berkenaan ada berseloroh memaklumkan anak sulung mereka iaitu Aisy Mateen tidak merasa cemburu dengan kehadiran bakal adiknya yang dinanti-nanti. Kedua-dua suami isteri ini telah melangsungkan perkahwinan pada 13 Februari 2015 di Yong Peng, Perak sebelum mendapat cahaya mata pertama setahun kemudian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan juga gembira mendengar berita gembira tersebut. Selain tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ucapan tahniah, mereka juga menitipkan doa semoga urusan pelakon filem 'Bini-Biniku Gangster' itu dipermudahkan nanti.

Sumber: Instagram Fadzil Zahari 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!