Skip to main content
“Mana peranan guru lepas sekolah?” – Cikgu2 jawab balik ‘sinis’ soalan wanita persoal peranan guru

Seperti kita tahu, guru merupakan individu yang mendidik anak bangsa. Selain ibu bapa, guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan anak-anak muridnya memperolehi ilmu yang dapat menjadi penyuluh di masa hadapan mereka.

Namun, tanggungjawab para pelajar selepas waktu persekolahan adalah milik ibu bapa kembali dan pastinya para guru juga mempunyai kehidupan peribadi sendiri.

Guru jawab balik

Akan tetapi, ada juga yang mempertikaikan peranan guru selepas waktu sekolah sedangkan perkara tersebut tidak wajar dibahas.

Oleh hal yang demikian, beberapa orang guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman telah berkongsi peranan mereka selepas waktu persekolahan walaupun bukan lagi tanggungjawab mereka sepenuhnya terhadap para pelajar.

Rambut budak panjang, cikgu jadi barber. Budak sakit, cikgu jadi doktor. Nak jadi penyanyi, cikgu jadi mekap artis. Kerja rumah tak siap, cikgu jadi naga.

Selagi ada kudrat, selagi ada daya, akan kami jaga anak kalian sehabis baik. Itu janji kami. 💪🏻💪🏻💪🏻 pic.twitter.com/5isKcR7tOb

— M.K Izzuddin 🇲🇾 (@k_izzuddin) September 29, 2020

Image

.Image

Menerusi perkongsian daripada Twitter milik M.K Izzuddin, dia telah menunjukkan aktiviti yang dilakukan selepas waktu persekolahan di kawasan pedalaman Sarawak.

Twitter milik BungoLale turut sama berkongsikan gambar-gambar aktiviti guru dikawasan penempatan Orang Asli selepas waktu persekolahan yang mana tetap juga berkhidmat kepada anak-anak murid mereka.

Contoh; di mana guru selepas waktu sekolah? pic.twitter.com/uoCG7RY7JW

— BungoLale 🇲🇾 (@bungolale) September 28, 2020

Image

Image

Buat guru2 triggered

Perkongsian tersebut sudah pasti dapat ditafsirkan sebagai satu bentuk jawapan balas oleh satu keratan akhbar yang memaparkan pertanyaan seorang individu awam yang mempertikaikan tugas guru selepas waktu sekolah.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Izyan Qistina Qusairi dari Ampang, Selangor, dia telah mempertikaikan keberadaan guru-guru semasa pendemik ini ketika waktu tamat persekolahan kerana melihat para pelajar tidak lagi mematuhi SOP.

Kenyataan tersebut telah tular dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet. Masing-masing mengec4m tidakaan wanita itu yang seoalah-olah meletakan beban di bahu guru sedangkan tanggungjawab anak-anak lebih tertumpu kepada ibu bapa masing-masing selepas waktu persekolahan.

Sumber: M.K. Izuddin, Bungolale

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.