Skip to main content
Lelaki Ini Telefon Isteri Cakap Beliau Positif C0vid 19 Dan Hilangkan Diri, Semua Terbongkarr Bila Polis Beritahu Lokasi Suami

C0v19 memang menakutkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ini yang nak diri mereka dijangkiti oleh C0vid 19.

Tapi, lain pula cerita dekat negara India di mana seorang suami menggunakan C0vid19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.

Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas.

Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkitii C0vid 19 dan tak ada harapan untuk hidup lagi.

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus maatikan panggilan telefon tersebut.

Akibat risaukan suami beliau, isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.

Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan.

Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri.

Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi mangsaa sammun atau jennayah lain, lapor NDTV.

Ada Teman Wanita

Tapi, semuanya terbongkarr apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya.

Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.

Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah penipuan lelaki itu menjadi tular di media tempatan.

Sumber : LM