Skip to main content
Lelaki ini cancel semua meeting, balik Kelantan tlg sahabat kena strok

Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital

Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan

Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia str0ke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je

Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit

Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung

Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan

Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital

Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap

"Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah" & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni

"Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama" terus sihat loh!

Sumber FB : Hafiz Mahamaf

Rata-rata netizan sangat tersentuh dengan perkongsian lelaki ini

"Tersentuh hati..betapa mulia hati seorang sahabat..semoga ikatan persahabatan akan kekal hingga Jannah dan diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala..dan dipermudahkan segala urusan,Semoga Allah tambahkan lagi rezeki buat En Hafiz sekeluarga dan Aaina beauty terus berkembang maju berjaya Aamiin Aamiin Aamiin Yaraballaalamiin

"walaupun aku penah mengecam bang apis ni dlu tp skg aku salute dia.. pandai hargai isteri.. sanggup buat apa ja utk kawan2.. biar la org nk kata apa yg penting niat.. semoga terus Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga.. semoga dimurahkan rezeki selalu.

"bila tgk video ni..knp pulakk mata aku masuk habukk…knp air mata ni laju jerr kuarrr moga Allah permudahkan sgala urusan…ini la di katakan sahabat sejati..susah senang bersama..

" Menangis tengok.. Nilai persahabatan yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit….semoga Allah sentiasa hadirkan yg baik2 disekeliling kita ..semoga cepat sihat loh