Skip to main content
KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

Sharing is caring!

Hari demi hari, tahap kebimbangan global terhadap penyebaran wabak COVID-19 dilihat semakin meruncing termasuklah di Malaysia. Bahkan semalam direkodkan sebanyak 150 penghidap baharu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif individu positif COVID-19 sebanyak 10,919.

BACA : Seminggu Terlantar Sebab COVID-19, Peguam Wanita Ajal Tinggalkan Anak 16 Bulan

Terdahulu, setiap individu yang baru tiba dari Sabah digesa untuk melakukan ujian saringan COVID-19. Malah mereka juga akan dipakaikan gelang kuarantin dan wajibkan menjalani tempoh kuarantin di rumah masing-masing. Tindakan ini dilaksanakan bagi membendung penularan wabak tersebut yang majoritinya dikesan dari negeri itu.

KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

Namun begitu, tular di Twitter beberapa foto memaparkan keadaan KLIA 1 dan 2 yang penuh dengan 'lautan manusia' beratur untuk menjalani ujian tersebut. Ia susulan kepulangan beramai-ramai penduduk serta pengamal media Semenanjung dari Sabah berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari.

KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

Malah ada antara penumpang yang mengadu bahawa mereka terpaksa beratur di koridor yang sesak kurang lebih 5 jam sebelum dapat menerima saringan tersebut. Apa yang mendukacitakan, ada juga pihak yang terpaksa menahan lapar gara-gara tidak dibekalkan sebarang makanan dan minuman. Bagaimanapun, situasi itu secara tidak langsung akan menimbulkan kebimbangan sekali gus menggagalkan lagi insiatif kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

KLIA Sesak Teruk, Penumpang Terkandas Hampir 5 Jam Jalani Saringan COVID-19

Sumber : Twitter f4izalhassan, thepurryness

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!