Skip to main content
Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Sharing is caring!

Jika hendak diukur, pengorbanan seorang ibu sememangnya tak ternilai. Darjat dan kedudukan ibu juga diletakkan di tempat sangat tinggi kerana telah mencurahkan jasa serta keringat demi membesarkan anak-anak. Oleh sebab itu,  seorang anak adalah digalakkan membalas jasa ibu seperti yang dilakukan oleh pemuda ini.

BACA: Hanya Terbaring, Ibu Tunggal 21 Tahun Tabah Jaga Anak Syurga Lepas Berpisah

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter @MohdAsriDungun,  pemuda tersebut telah pun membelanjakan hampir 25 ribu ringgit bagi mengubah suai rumah milik ibunya. Menurut jejaka yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh itu, kejayaan tersebut adalah pencapaian terbaik untuk dirinya sendiri tahun ini.

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Malah, guru ini juga telah melupakan hasrat untuk membeli sebuah kereta sendiri demi memastikan cita-citanya untuk membahagiakan wanita kesayangannya tercapai. Asri turut berjaya menyediakan ruang untuk mengambil air wuduk di dalam bilik ibunya bagi memudahkan urusan wanita itu.

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan perkongsian yang penuh berinspirasi itu. Mereka juga turut memuji tindakan lelaki berkenaan yang bertindak mengutamakan orang tuanya sebelum kegunaaan diri sendiri.

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Ketepi Hasrat Beli Kereta, Pemuda Nekad Belanja 25 Ribu Untuk Repair Rumah Ibu

Sumber: Twitter MohdAsriDungun 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!