Skip to main content
Keputusan Rasmi PRN Baru Je Keluar. Sekali Suasana di kediaman rasmi KM Sabah riuh

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), gabungan itu setakat 11.45 malam sudah memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Warisan dan gabungannya menang 30 kerusi sementara tiga DUN dimenangi calon bebas.

Untuk membentuk kerajaan negeri parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 37 kerusi.

'Permata Yang Digilap Telah Memberi Sinar' – Zahid Puji Bung

Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi yakin Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin mampu 'memberikan sinar yang baik' bukan sahaja di Lamag dan Kinabatangan, tetapi juga di seluruh Sabah.

Beliau turut memuji koordinasi baik di seluruh peringkat oleh BN Sabah dan menyifatkannya sebagai asas untuk Bung mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri kelak.

Ogos lalu, Ahmad Zahid mengumumkan Bung akan mengetuai jentera pilihan raya BN serta diberi kuasa penuh untuk menentukan agihan kerusi dan calon Ketua Menteri seterusnya.

PRN Sabah: Suasana di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah riuh

Kota Kinabalu: Suasana di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Rumah Yayasan Sabah menjadi semakin riuh rendah sementara menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diumumkan.

Dipercayai satu perbincangan secara tertutup masih sedang diadakan di dalam Rumah Yayasan Sabah dalam kalangan pemimpin Warisan Plus namun masih tiada sebarang perincian mengenai perbincangan itu setakat ini.

Tinjauan mendapati sekumpulan penyokong Warisan dan pengamal media yang menunggu sejak jam 7 malam tadi masih kelihatan berlegar-legar di luar perkarangan Rumah Yayasan Sabah ketika ini.

Sementara itu, suasana menjadi tegang apabila calon Warisan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Azhar Matussin membuat tuntutan bahawa gabungan Warisan Plus mendahului melalui jumlah undi sementara menunggu keputusan rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Satu sidang media oleh Warisan Plus sepatutnya dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ini namun masih belum ada.

Dalam perkembangan lain, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti mudah 38 kerusi.

Mengikut keputusan tidak rasmi setakat jam 9.50 malam tadi, PN memenangi 17 kerusi manakala BN (13) dan PBS (lapan), sekali gus membolehkannya merampas kerajaan negeri daripada Warisan Plus yang memperoleh 26 kerusi.

Kontr0versi tak jejas Mohammadin, menang besar di Segama

KOTA KINABALU – Meskipun mencetuskan kontr0versi pada saat-saat akhir berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Datuk Mohamaddin Ketapi menang di kerusi DUN Segama.

Beliau berjaya mengalahkan tujuh pesaingnya di kerusi DUN baharu itu.

Tujuh parti yang bertanding menentang Mohammaddin adalah Perikatan Nasional (Aljen Johnny), USNO (Jikamisah Abdul Salam), PPRS (Sahidin Rahabah), PGRS (Basri Abd Gapar), PCS (Kamarudin Mohamad Chinki), LDP (Nicholas Voo Vune Kett), dan seorang calon Bebas iaitu Kamis Burhan.

Untuk rekod, Mohamaddin mencetuskan perde-batan pelbagai pihak khususnya seterunya dalam politik, apabila ketika berkempen menyifatkan ins-iden berda-rah di La-had Datu pada 2013 sebagai sandiwara politik.