Skip to main content
KecohBergelut Di DriveThru, Punca Kejadian Tidak Masuk Akal Didedahkan

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video perggaduuhan di percayai berlaku di sebuah restoran makanan segera di Rawang, Selangor tular di media sosial hari ini.

Seorang pengguna laman Facebook mendakwa, kejadian berpunca daripada tindakan seorang pelanggan menumbbbuk pekerja restoran makanan segera tersebut kerana tidak puas hati dengan urusan pembayaran.

"Lelaki itu mahu bayar makanan. Sudah bayar pakai Wave dan keluar resit, tiba-tiba mahu tukar kepada Pin memang tidak boleh sebab sudah keluar resit.Bising-bising ditmbukk muka budak (pekerja) pandu lalu lebammata," dakwanya.

Dia mendakwa, pelanggan tersebut kemudian bertindak memasuki restoran makanan segera itu dengan memanjat kaunter pandu lalu.

"Lelaki itu seterusnya masuk ke bahagian dapur dan mengambil alat pemadam api untuk disembur ke arah pekerja restoran berkenaan,"ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan pelanggan itu berjaya disekat oleh pekerja restoran makanan segera berkenaan sebelum lelaki itu ditahan polis.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan maklum balas dari restoran makanan segera itu masih belum berjaya.

KreditSumber:KosmoOnline & Page InfoRoadblock