Skip to main content
Kau Ada Kaki Ada Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin – Zarina Anjoulie

Sebut sahaja pasal Zarina Anjoulie, pasti orang ramai akan terbayang imej sksi dan ayat pedas yang sering keluar dari mulut bekas pelakon ini.

Lahir pada 9 September 1987, pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul ini merupakan seorang bekas pelakon dan model.

Selepas beberapa tahun kemunculan dalam dunia hiburan, beliau menghilangkan diri daripada media dan peminat sejurus berpindah ke Brunei.

Kini beliau yang lebih dikenali sebagai Anju lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial yang mana kirimannya banyak berkaitan dengan pemasaran perniagaan yang dijalankan.

Anju yang pernah membintangi drama Anak Pontianak selamat bernikah kali kedua dengan jejaka pilihan dikenali Eliyas Azhar di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada 17 Julai lalu.

Meskipun kini tidak berlakon lagi, populariti Anju dilihat tidak berkurang. Malah nama Anju beberapa hari lalu juga tular selepas dia mengulas isu membabitkan influencer bernama Eiira Aziera.

Terbaru, Anju sekali lagi mencuri tumpuan apabila menulis hantaran di Instagram beliau yang membid4s seorang indvidu.

Difahamkan individu terbabit cuba meminta duitnya dengannya.

" Stop lah minta duit dengan aku macam aku ni bank..kau ada kaki ada tangan pergi la cari kerja.

" Ingat aku ni babu ke kena kerja untuk beri kat orang-orang yang aku tak kenal.

" Duit dah la minta beribu, 90% DM aku semua nak pinjam duit aku sebab terjebak dengan ah long. Padan muka tu jer aku boleh cakap.

" Bila tengok prifile wahh hidup gah. Wahai Melayu tolong sedar diri, kalau dah miskin buat cara miskin.

" Gambar bukan main bawak BMW 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni.

" Itu pilihan kau yang nak hidup macam 'have2' tapi dalam akaun bank ada 30 sen.

" Meluat nya lahaii masing-masing nak berangan. Yang 'annoyed' nya kenapa orang yang minta ni takde perasaan malu langsung dan apa yang membuatkan mereka fikir aku akan beri?

" Baik aku beri anak-anak yatim makan dari aku bagi kat kau!" tulis Anju

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan kata-kata Anju.

Malah beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa apabila ramai yang menerima mesej DM dari individu tidak dikenali meminta duit.

" Baru jugak kena semalam. Kenal tak berapa hari dah berani mintak pinjam duit. Kata segan, tapi mintak jugak, pergi melepak join convoy kereta boleh pulak ada duit." tulis Anep

" Ada kenal dengan orang macam ni hidup nak berlawan orang beli gelang dia nak beli gelang , padahal hidup nak hado makan anak laki mencekik" tulis Sam