Skip to main content
Ini senarai 5 Pusat Beli Belah yang dikesan kes C0vid-19 dalam tempoh 10 hari

Baru-baru ini kes C0vid-19 telah dikesan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Dalam 10 hari lalu, beberapa kes dikesan sekurang-kurangnya di lima pusat membeli-belah, empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.

Sebilangan besar kes tidak menjejaskan keseluruhan pusat beli-belah berkenaan sebaliknya hanya premis tertentu.

Bagaimanapun pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya, seperti proses disinfeksi sebagai langkah pencegahan.

Berikut adalah senarai insiden berkaitan pusat beli-belah terbabit dalam 10 hari lalu:

1. The Linc KL

Pada 24 Sept, pihak pengurusan The Linc KL memamklumkan ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah berkenaan telah diuji p0sitif C0vid-19.

Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 Sept.

"Kami telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengelakkan risiko terdedah kepada pelanggan, kakitangan dan penyewa kami.

"Tindakan segera meliputi pembasmian kuman dari semua kawasan umum di The Linc KL oleh syarikat pembasmi kuman profesional," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu kemas kini, pada hari itu, pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan mengatakan guru yang mungkin merupakan kontak generasi kedua dengan pes4kit C0vid-19 terbabit telah diuji negatif.

Bagaimanapun mereka tetap akan meningkatkan langkah pencegahan.

2. Suria KLCC

Pada 25 Sept, Babel, gim eksklusif yang terletak di Suria KLCC, memberitahu bahawa salah seorang ahlinya telah dikesan p0sitif C0vid-19.

Dikatakan ahli gim berkenaan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuk ke zon berisiko tinggi dan diuji p0sitif C0vid-19 pada 23 Sept.

Individu berkenaan pernah datang ke gim Babel cawangan KLCC sebanyak empat kali dan juga dua kali di cawangan Taman Tun Dr Ismail antara 9 dan 17 Sept.

Dalam kemas kini pada 27 Sept, gym berkenaan melaporkan semua ahli dan kakitangan yang merupakan kontak dengan pes4kit C0vid-19 itu telah menjalani ujian swab dan keputusannya negatif.

Berikutan kejadian itu, pihak gym mengatakan bahawa mereka telah mewajibkan mengisi borang pengisytiharan perjalanan.

Pihak pengurusan Suria KLCC juga mengatakan telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh di gimnasium dan kawasan berdekatan.

3. NU Sentral

Pada 27 Sept, pengurusan Nu Sentral memberitahu salah seorang pekerjanya disahkan p0sitif C0vid-19 sehari sebelumnya.

Pusat membeli belah itu berkata semua kakitangan lain yang berhubungan dengan pes4kit C0vid-19 itu juga telah menjalani ujian C0vid-19 pada hari yang sama dan dikesan negatif.

NU Sentral Staff Tests COVID-19 Positive

Bagaimanapun, semua pekerja masih perlu mengasingkan diri selama 14 hari. NU Sentral juga meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes ini adalah kes terpencil.

"Kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai tindakan susulan selanjutnya yang mungkin diperlukan.

"Sebagai langkah pencegahan, Pusat Beli-belah NU Sentral telah melakukan kerja pembersihan menyeluruh di seluruh kawasan pusat membeli-belah sesuai dengan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 26 Sept," katanya.

4. L Gateway Mall

Pada 25 September, pihak pengurusan KL Gateway Mall memaklumkan terdapat kes C0vid-19 yang disy4ki berlaku di Menara Suezcap 1.

Walaupun kejadian itu tidak berlaku di pusat membeli-belah itu sendiri, bangunan menara pejabat tersebut dihubungkan dengan pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kemas kini semalam, pihak pengurusan mengatakan pekerja di Menara Suezcap 1, yang bersentuhan dengan pes4kit C0vid-19 yang kembali dari Sabah, disahkan negatif.

"Bagaimanapun, pejabat tertentu akan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

"Pusat membeli-belah ini akan meneruskan semua proses pembersihan dan pembasmian kuman secara rutin kerana keselamatan dan kesejahteraan anda adalah keutamaan kami," katanya.

5. Sunway Pyramid

Pada 25 September, pihak pengurusan Sunway Pyramid Mall memberitahu bahawa ia dimaklumkan seorang kakitangan di sebuah kedai Nike di pusat membeli-belah tersebut didapati p0sitif C0vid-19.

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: one or more people

"Pengurusan pusat membeli belah mendapatkan rekod daftar masuk kakitangan Nike melalui MySejahtera dan mengesahkan bahawa kakitangan Nike itu hanya datang bekerja pada 22 dan 23 Sept.

"Kakitangan Nike itu juga tidak mengunjungi kedai-kedai lain di pusat membeli-belah tersebut, kecuali satu kedai serbaneka.

"Pihak pengurusan menghubungi pengusaha kedai serbaneka tersebut untuk memberitahu mereka mengenai kes itu dan kerja pembersihan segera dilakukan," katanya, sambil menambah kakitangan kedai itu juga telah menjalani ujian.

Sumber: mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.