Skip to main content
Individu Ini Dikecamm Netizenn Kerana Tegur KKM , Sekali Dr Noor Hisham Balas Dengan Kenyataan Ini

Sebelum ini semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan C0vid 19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula esok sehingga 10 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitann C0vid 19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah bilangan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bagi menguruskan proses saringan pengembara yang pulang dari Sabah.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan perkara tersebut berkata, langkah itu bertujuan memastikan proses saringan C0vid 19 berjalan dengan lancar.

Menerusi satu hantaran dari seorang individu yang baru pulang, beliau bertanya kenapa staff KKM kurang dan terpaksa tunggu lama untuk disaring.

Posting Beliau Komen Netizenn Jawab Balas Dari KKM

"KKM sedang memantau pelaksanaan saringan di kedua-dua lapangan terbang berkenaan. Kita turut dimaklumkan bahawa di KLIA2, penerbangan terus dari Sabah lebih daripada jangkaan pada hari ini.

"KKM telah menambah kakitangan untuk membantu team di KLIA2 dan kakitangan tambahan seramai 80 orang telah dimobilisasikan pagi tadi apabila berlaku kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sejumlah besar pengembara dari Sabah yang tiba KLIA dan KLIA2 hari ini terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan C0vid 19.

Kebanyakan mereka pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Kesesakan berlaku selepas KKM mewajibkan semua pengembara dari Sabah menjalani saringan C0vid 19 bermula hari ini.

Sumber : SinarHarian/OM