Skip to main content
Hilang Di Mentakab Jumpa Di Subang Jaya. Ini Kenyataan Dari PDRM Tentang Video Viral Kereta Dicuri Ketika Isi Minyak

TEMERLOH: Suspek lelaki yang mencvri kereta di stesen minyak di Mentakab semalam, ditahan polis di Subang Jaya pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jen4yah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, pada jam 1 petang.

Gambar dari rakaman CCTV menunjukkan suspek melarikan kereta di stesen minyak manakala pemilik kereta terseret ketika cuba menahan tindakan suspek. Foto NSTP

Gambar dari rakaman CCTV menunjukkan suspek melarikan kereta di stesen minyak manakala pemilik kereta terseret ketika cuba menahan tindakan suspek. Foto NSTP

"Sebaik menerima laporan daripada mangsa, polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan.

"Hasil siasatan itu, polis mengenalpasti identiti suspek dan meminta bantuan balai polis lain untuk membantu mengesannya.

"Susp3k yang memiliki rekod jen4yah lampau membabitkan penyalahgunaan d4dah akhirnya ditah4n anggota polis IPD Subang Jaya, semalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, kereta milik mang.sa yang juga seorang pelajar berusia 20 tahun, dilarikan suspek ketika mangsa sedang mengisi minyak.

Mang.sa yang tidak mem4tikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak turut mengalami keced3raan akibat terjatuh ketika cuba mengejar susp4k yang sedang melarikan kereta miliknya.

Kejadian cvri kereta terbabit tular sejak semalam, selepas rakaman CCTV terbabit dikongsi netizen di laman sosial.

Mohd Yusri berkata, suspek dibawa ke IPD Temerloh untuk disiasat yang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Kes3ksaan.

Sementara itu, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran mereka setiap kali berurusan di stesen minyak bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Katanya, pengguna diingatkan supaya mematikan enjin kenderaan apabila ingin mengisi minyak dan mengunci kereta bagi tujuan keselamatan.

Sumber : BHARIAN ONLINE