Skip to main content
Hajiji Noor dinamakan Ketua Menteri Sabah yang baharu, angkat svmpah esok

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Menurut laporan Astro Awani, ahli politik berusia 65 tahun itu akan mengangkat svmpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pagi esok.

Memetik laporan Malaysian Gazette pula, perkara itu diumumkan oleh Hajiji sendiri pada satu satu sidang media di sebuah hotel di Sabah sebentar tadi.

Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah

Hajiji Noor dinamakan Ketua Menteri Sabah yang baharu Hajiji (dua kanan) diapit Bung Moktar (tiga kanan) dan Jeffrey pada sidang media di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini. – Astro AWANI

Menurut laporan Astro Awani juga, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat svmpah pada majlis di Istana Negeri esok pada pukul 10.30 pagi.

"Pemilihan Hajiji sebagai  Ketua Menteri Sabah dicapai atas kata sepakat dan persetujuan GRS," kata Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah

"Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

"Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS," katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di sini, hari ini.

Sementara itu ditanya siapa bakal dilantik ke jawatan timbalan ketua menteri, Hajiji berkata, nama individu berkenaan akan diumumkan kelak.

Ketua Menteri baharu Sabah angkat sumpah esok - Semasa | mStar

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Turut hadir juga dalam sidang media itu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan.

GRS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 38 kerusi DUN dan melepasi majoriti mudah.

GRS to name new Sabah Chief Minister later Sunday - Hajiji Noor | Borneo Post Online

Kenali siapa Hajiji Mohd Noor

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sulaman sejak 1990. Pernah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Beliau telah keluar dari UMNO hampir setahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 setelah kerajaan Barisan Nasional tew4s pada PRU tersebut.

Beliau telah dilantik sebagai ADUN Sulaman sejak 1990 lagi. Sebagai salah seorang ADUN terkanan dalam Kabinet Negeri Sabah, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Namun, setelah kek4lahan Barisan Nasional dalam PRU 14, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan dalam UMNO Sabah telah bertindak untuk keluar dari parti. Hanya segelintir sahaja ahli yang masih bersama dengan UMNO Sabah.

Pada 4 April 2019, BERSATU Sabah telah dirasmikan oleh Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau telah dipilih sebagai Ketua Penyelaras BERSATU Sabah.

Sumber : Astro Awani , Malaysia Gazette

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.