Skip to main content
Guru Anak 4 Pergi Sekelip Mata, Puncanya Terlampau Stress & Komited Kerja

Sharing is caring!

Sama ada bekerja sendiri atau makan gaji, mana-mana pekerjaan pasti ada cabarannya yang tersendiri. Ramai ingat bergelar seorang guru adalah satu pekerjaan yang senang. Hakikatnya tugas tersebut sangat mencabar kerana ada banyak kerja lain di samping mengendalikan anak-anak murid. Dalam diam, mereka juga menanggung tekanan yang tinggi sehingga menyebabkan masalah kesihatan.

BACA: Demi Anak Murid, Guru Tak Pernah Mengungkit Walaupun Kereta Disimbah Cat

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, pengguna dikenali sebagai Halimaton Saadiah telah menceritakan perihal seorang guru wanita yang pergi untuk selamanya akibat masalah kesihatan berpunca daripada tekanan kerja. Allahyarhamah merupakan seorang pendidik yang sangat komited dengan kerjanya dan telah tinggalkan 4 orang anak masih kecil.

Guru Anak 4 Pergi Sekelip Mata, Puncanya Terlampau Stress & Komited Kerja

Jelasnya lagi, sudah banyak kejadian seperti ini berlaku di kalangan guru-guru. Semuanya disebabkan tekanan menghadapi bebanan kerja yang banyak serta gaya hidup yang tidak sihat. Pesannya di usia mencecah 40 an adalah lebih baik untuk bersikap lebih tenang dalam bekerja, jalankan tanggungjawab dengan hati yang terbuka untuk menjaga kesihatan diri.

Guru Anak 4 Pergi Sekelip Mata, Puncanya Terlampau Stress & Komited Kerja

Guru Anak 4 Pergi Sekelip Mata, Puncanya Terlampau Stress & Komited Kerja Gambar Sekadar Hiasan

Katanya lagi, usahlah bekerja terlampau keras sehingga melupakan kesihatan diri sendiri. Memandangkan tiada yang sebetulnya ambil peduli akan masalah kesihatan kita selain daripada keluarga sendiri. Oleh itu, kekalkan minda yang positif dan fokus dengan matlamat untuk mendidik anak bangsa.

Guru Anak 4 Pergi Sekelip Mata, Puncanya Terlampau Stress & Komited Kerja

Guru Anak 4 Pergi Sekelip Mata, Puncanya Terlampau Stress & Komited Kerja Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Halimaton Saadiah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!