Skip to main content
Gara-Gara ‘Carutkan’ Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Sharing is caring!

Di zoo, selalunya haiwan-haiwan akan diasingkan jika ada yang tidak sihat atau berada dalam keadaan buas sehingga memudaratkan. Namun, berbeza pula dengan satu kejadian di United Kingdom ini apabila beberapa ekor burung terpaksa dipisahkan kerana sering mengeluarkan kata-kata kesat.

BACA: [VIDEO] Ini Anjing-Belajar Nama Haiwan, Ayah Tergamam Dibidas Anak Sendiri

Menerusi laporan Harian Metro, sekumpulan burung kakaktua baka Africa itu baru sahaja dibawa masuk ke Taman Hidupan Liar Lincolnshire pada 15 Ogos lalu sebelum dikuarantin. Namun, kelima-lima haiwan itu perlu diasingkan semula selepas didapati 'mencarut' sesama mereka dan termasuklah kepada pengunjung juga.

Gara-Gara 'Carutkan' Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Kejadian tersebut berpunca dari proses kuarantin yang dijalankan sebelumnya, memberi ruang kepada mereka untuk sama-sama belajar bahasa kesat. Apabila pengunjung yang hadir ketawa dengan gelagat haiwan berkenaan, burung-burung itu semakin galak menghamburkan perkataaan tidak elok. Namun, pihak zoo terpaksa mengambil tindakan kerana bimbang mencalarkan imej dan reputasi taman tersebut.

Gara-Gara 'Carutkan' Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Gara-Gara 'Carutkan' Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sangat terhibur dengan berita berkenaan. Mereka tidak menyangka spesies burung itu sangat bijak dalam meniru percakapan manusia. Malah ada juga menceritakan pengalaman hampir sama saat bertemu dengan haiwan tersebut.

Gara-Gara 'Carutkan' Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Gara-Gara 'Carutkan' Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Gara-Gara 'Carutkan' Pengunjung, 5 Burung Kakaktua Terpaksa Kena Pisah Sangkar

Sumber: Harian Metro & Mirror.Co.Uk

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!