Skip to main content
[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

Sharing is caring!

Gara-gara cuti lama susulan pelaksanaan PKP dahulu, kini rata-rata pelajar telah kembali ke sekolah untuk mengelakkan diri daripada ketinggalan pelajaran. Selain wabak COVID-19 yang masih ada di luar sana, nyawa anak-anak juga boleh terancam daripada insiden yang tak disangka-sangka seperti di Banting, Selangor baru-baru ini.

BACA: Ulang Pakai Sampai Berdaki, Cikgu Sebak Tengok Mask Pelajar Siap Berjahit Lagi

Menerusi satu entri yang dimuat naik sekitar petang tadi, pengguna Facebook bernama Siti Kamsari melaporkan bahawa seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Telok Datuk telah rebah akibat mengalami kecederaan teruk. Apa yang mengejutkan ramai, perkara itu berlaku akibat terkena bedilan yang didakwa dilepaskan oleh anggota kumpulan gangster yang berada di sekitar hadapan sekolah berkenaan.

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

Dalam pada itu, Siti Kamsari juga berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan situasi kecoh di hadapan sekolah tersebut susulan insiden berikut termasuklah keadaan pelajar terbabit yang terbaring lemah sambil diriba seorang wanita. Ujarnya, gambar serta maklumat ringkas tentang kejadian dikongsi oleh adiknya yang merupakan salah seorang guru di sekolah berkenaan. Pelajar berkenaan difahamkan telah dibawa ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan susulan.

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

[FOTO] Nyawa Pelajar Nyaris Terancam, Gangster Buat Hal Depan Sekolah

Sumber: FB Siti Kamsari & Malaysia Gazette

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!