Skip to main content
Fizz Fairuz Mohon Semua Doakan Isteri Dia Selamat. Sakit Almy Nadia Dah Lama Rupanya

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan isterinya, Datin Almy Nadia akan menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu hari ini selepas menderita sakit tersebut selama sebulan.

Menurut Fizz ia merupakan jalan akhir selepas mereka mencuba pelbagai perubatan lain bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

"Sebenarnya Almy dah sakit sejak sebulan lalu. Sebelum ini dia dah buat segala pemeriksaan dan diberi ubat. Ketika itu nampak seperti sudah sembuh.

"Namun, tidak lama selepas itu sakitnya datang balik meskipun kita dah cuba pelbagai perubatan lain.

"Hinggalah doktor mengesahkan ia tidak boleh ditangguh lagi dan Almy perlu menjalani pembedahan untuk membuang batu karang tersebut pada tengah hari ini," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut Fizz, pada mulanya dokor mengesahkan ia hanya sakit gastrik biasa sebelum berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Ampang Puteri.

"Setiap kali ke hospital doktor hanya ingatkan ia gastrik biasa tapi dari kesakitan yang ditangguh sehingga lemah saya jadi pelik.

"Saya pun meminta Almy menjalani pemeriksaan endoskopi dan doktor jumpa sesuatu dalam perutnya dan meminta ia dibuang segera untuk tidak membahayakan.

"Saya minta semua doakan pembedahan ini berjalan lancar dan Almy selamat," katanya lagi.

Sebelum ini, Fizz yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon itu pada tahun 2014 berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.