Skip to main content
Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Sharing is caring!

Berita kehamilan Fazura selepas 2 tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah Amin mendapat perhatian yang cukup besar sebelum ini. Dia mendedahkan berita gembira itu kepada umum saat usia kandungannya sudah memasuki 4 bulan. Sedar tak sedar, aktres menawan berkenaan kini hanya menanti masa kerana dijangka bakal bersalin pada Oktober iaitu bulan hadapan. Tidak ketinggalan, dia sempat menerima sebuah kejutan bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun pada tanggal 27 September.

BACA : Sabar Menanti Lepas 2 Tahun Kahwin, Fazura Syukur Kini Hamil Anak First 4 Bulan

Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Melalui hasil perkongsian semula oleh Facebook Hot FM, dapat disaksikan pelakon wanita tersebut ditemani Fattah Amin di sebelah masih kuat berjalan meskipun kandungannya kelihatan semakin sarat. Apabila membuka mata, Fazura sangat terharu menerima kejutan istimewa tersebut apalagi dengan kehadiran beberapa tetamu lain. Mungkin terlalu gembira, bakal ibu ini turut gagal menahan sebak tambahan pula selepas mendengar orang sekeliling menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You'.

Cantik sangat la mommy to be ni 😍 Tak sabar nak baby #fattzura ni tau! Happy birthday queen, @missfazura ❤️👑Igs: @puterizarith

Posted by Hot FM on Sunday, September 27, 2020

Bukan sahaja teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung suami isteri selebriti ini, malahan netizen terus memuji keayuan wajah bakal ibu yang semakin berseri. Tidak ketinggalan, gaun labuh berwarna putih yang dikenakan oleh Fazura turut menjadi tumpuan utama. Tidak ketat apabila menonjolak baby bump, cara pemakaian akstres ini dipuji sopan oleh para peminat.

Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Fazura Nangis Di Birthday Party Masa Hamil 8 Bulan , Gaun Putih Jadi Perhatian

Facebook HotFM, Instagram Fazura Kuala Lumpur,

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!