Skip to main content
Dulu Pernah Bergaduh Besar, Zynakal Sebak Kongsi Moment Pengebumian Ibu

Sharing is caring!

Semalam dikejutkan dengan perkhabaran duka mengenai pemergian ibu tercinta Zynakal dan kakak kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zuraidah Ibrahim. Allahyarhamah dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di ibu kota sekitar jam 1 petang akibat komplikasi buah pinggang.

BACA : "Dia Bukan Zynakal"- Caprice Minta Maaf Di Pihak Rakan, Anggap Ada Masalah Jiwa

Dulu Pernah Bergaduh Besar, Zynakal Sebak Kongsi Moment Pengebumian Ibu

Sebelum ini, Zynakal memuat naik foto di IG Story memegang tangan ibunya yang berusia 53 tahun dan mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan wanita berkenaan. Menurut pelantun 'Terbang', Allahyarhamah ibunya menerima rawatan di fasiliti berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Dulu Pernah Bergaduh Besar, Zynakal Sebak Kongsi Moment Pengebumian Ibu

Terbaharu menerusi entri Instagramnya, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkongsi moment sewaktu di majlis pengebumian ibunya. Akui penyanyi berusia 22 tahun itu, haruman sewaktu menguruskan jasad si ibu masih dapat dihidunya sehingga kini. Meskipun pernah bertelagah besar, namun Zynakal tetap bersyukur dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak buat kali terakhir.

Dulu Pernah Bergaduh Besar, Zynakal Sebak Kongsi Moment Pengebumian Ibu

Lepas siap dikafankan saya okay lagi & waktu turun ke liang bawa jasad ibu untuk dikambus saya lah orang yang paling beria. Tapi bila tengok batu nisan baru sedar yang saya tanam tadi tu mak sendiri..

Dulu Pernah Bergaduh Besar, Zynakal Sebak Kongsi Moment Pengebumian Ibu

Sumber : zynakal, Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!