Skip to main content
Didakwa Jual Produk Tanpa Kelulusan, Kak KM Mengaku Pergi Mahkamah Tapi..

Sharing is caring!

Pagi tadi, kecoh tentang anak perempuan seorang pelakon wanita veteran terkenal yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Gara-gara pelbagai aduan dibuat menerusi media sosial, sepasukan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan siasatan terhadap premis kecantikan pengusaha produk jamu terbabit di Subang Jaya.

BACA: "Kenapa Suka Sondol Hak Orang?" – Video Lucu Kak KM & Amyza Buat Ramai Terhibur

Menerusi portal Harian Metro, wanita berusia 46 tahun tersebut bakal berdepan pertuduhan kerana menjual produk merawat pelbagai masalah dalaman wanita tanpa memperoleh kelulusan daripada KKM terlebih dahulu. Selain telah diedarkan ke pasaran, produk terbabit didakwa dihasilkan daripada pelbagai jenis herba malah turut dikatakan boleh pulihkan hubungan rumah tangga.

Didakwa Jual Produk Tanpa Kelulusan, Kak KM Mengaku Pergi Mahkamah Tapi.. Gambar sekadar hiasan

Menerusi posting terbaru milik Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, dia mengaku memang dihadapkan ke mahkamah pagi atas dakwaan tersebut. Di samping berseloroh jumlah wartawan yang mahu menemu ramahnya, Kak KM juga sempat mengucapkan berterima kasih kepada semua yang prihatin terhadap dirinya.

Didakwa Jual Produk Tanpa Kelulusan, Kak KM Mengaku Pergi Mahkamah Tapi..

Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa pihaknya tak bersalah sebaliknya ada produk lain yang sedang menunggu kelulusan KKM. Dengan nada tenang, Kak KM turut memberitahu bahawa isu tersebut telah selesai dan tak perlu dipanjangkan lagi.

Sumber: IG lianarosli_official & Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!