Skip to main content
Dalam 10 Hari Sahaja, 5 Pusat Beli Belah Ini Dikesan Kess Positif C0vid 19. Senarai Diberitahu

Baru-baru ini kes C0vid 19 telah dikesan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Dalam 10 hari lalu, beberapa kes dikesan sekurang-kurangnya di lima pusat membeli-belah, empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.

Sebilangan besar kes tidak menjejaskan keseluruhan pusat beli-belah berkenaan sebaliknya hanya premis tertentu.

Bagaimanapun pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya, seperti proses disinfekssi sebagai langkah pencegahann.

Berikut adalah senarai insiden berkaitan pusat beli-belah terbabit dalam 10 hari lalu

The Linc KL

Pada 24 Sept, pihak pengurusan The Linc KL memamklumkan ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah berkenaan telah diuji positif C0vid 19.

Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 Sept.

"Kami telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengelakkan risiko terdedah kepada pelanggan, kakitangan dan penyewa kami.

"Tindakan segera meliputi pembasmiaan kumann dari semua kawasan umum di The Linc KL oleh syarikat pembassmi kumman profesional," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu kemas kini, pada hari itu, pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan mengatakan guru yang mungkin merupakan kontak generasi kedua dengan pesakit C0vid 19 terbabit telah diuji negatiff.

Bagaimanapun mereka tetap akan meningkatkan langkah pencegahan.

Suria KLCC

Pada 25 Sept, Babel, gim eksklusif yang terletak di Suria KLCC, memberitahu bahawa salah seorang ahlinya telah dikesan positif C0vid 19.

Dikatakan ahli gim berkenaan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuk ke zon berisikoo tinggi dan diuji positif C0vid 19 pada 23 Sept.

Individu berkenaan pernah datang ke gim Babel cawangan KLCC sebanyak empat kali dan juga dua kali di cawangan Taman Tun Dr Ismail antara 9 dan 17 Sept.

Dalam kemas kini pada 27 Sept, gym berkenaan melaporkan semua ahli dan kakitangan yang merupakan kontak dengan pesakit C0vid 19 itu telah menjalani ujian swab dan keputusannya negatiff.

Berikutan kejadian itu, pihak gym mengatakan bahawa mereka telah mewajibkan mengisi borang pengisytiharan perjalanan.

Pihak pengurusan Suria KLCC juga mengatakan telah melakukan pembersihaan dan pembasmiaan kuman secara menyeluruh di gimnasium dan kawasan berdekatan.

NU Sentral

Pada 27 Sept, pengurusan Nu Sentral memberitahu salah seorang pekerjanya disahkan positif C0vid 19 sehari sebelumnya.

Pusat membeli belah itu berkata semua kakitangan lain yang berhubungan dengan pesakit C0vid 19 itu juga telah menjalani ujian C0vid 19 pada hari yang sama dan dikesan negatiff.

Bagaimanapun, semua pekerja masih perlu mengasingkan diri selama 14 hari. NU Sentral juga meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes ini adalah kes terpencil.

"Kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai tindakan susulan selanjutnya yang mungkin diperlukan.

"Sebagai langkah pencegaahan, Pusat Beli-belah NU Sentral telah melakukan kerja pembersihan menyeluruh di seluruh kawasan pusat membeli-belah sesuai dengan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 26 Sept," katanya.

KL Gateway Mall

Pada 25 September, pihak pengurusan KL Gateway Mall memaklumkan terdapat kes C0vid 19 yang disyaki berlaku di Menara Suezcap 1.

Walaupun kejadiann itu tidak berlaku di pusat membeli-belah itu sendiri, bangunan menara pejabat tersebut dihubungkan dengan pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kemas kini semalam, pihak pengurusan mengatakan pekerja di Menara Suezcap 1, yang bersentuhan dengan pesakitt C0vid 19 yang kembali dari Sabah, disahkan negatiff.

"Bagaimanapun, pejabat tertentu akan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

"Pusat membeli-belah ini akan meneruskan semua proses pembersihan dan pembasmiaan kumaan secara rutin kerana keselamattan dan kesejahteraan anda adalah keutamaan kami," katanya.

Sunway Pyramid

Pada 25 September, pihak pengurusan Sunway Pyramid Mall memberitahu bahawa ia dimaklumkan seorang kakitangan di sebuah kedai Nike di pusat membeli-belah tersebut didapati positif C0vid 19.

"Pengurusan pusat membeli belah mendapatkan rekod daftar masuk kakitangan Nike melalui MySejahtera dan mengesahkan bahawa kakitangan Nike itu hanya datang bekerja pada 22 dan 23 Sept.

"Kakitangan Nike itu juga tidak mengunjungi kedai-kedai lain di pusat membeli-belah tersebut, kecuali satu kedai serbaneka.

"Pihak pengurusan menghubungi pengusaha kedai serbaneka tersebut untuk memberitahu mereka mengenai kess itu dan kerja pembersihan segera dilakukan," katanya, sambil menambah kakitangan kedai itu juga telah menjalani ujian.

Sumber : MalaysiaKini